Nazri, Sedi and Mohammad Nur Azhar, Mazlan (2025) Penerimaan Guru Menggunakan Google Classroom Dalam Pembelajaran Teradun Matematik. Jurnal Dunia Pendidikan, 7 (2). pp. 67-86. ISSN 2682-826X
![]() |
PDF
JDPD Vol 7-2-7 Penerimaan Guru Menggunakan Google Classroom.pdf Download (464kB) |
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menentukan faktor-faktor yang mempengaruhi penerimaan guru untuk menggunakan Google Classroom dalam Pembelajaran Teradun matematik berdasarkan model UTAUT. Kajian ini telah menggunakan kaedah tinjauan dan borang soal selidik secara dalam talian melalui aplikasi Google Forms untuk proses pengumpulan data. Responden kajian ini terdiri daripada 288 orang guru yang mengajar matematik sekolah rendah di Sarawak. Teknik persampelan yang digunakan ialah teknik persampelan kluster dan persampelan rawak secara perkadaran. Data kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan perisian IBM SPSS Statistics Versi 27 dan perisian SmartPLS 4.0. Dapatan menunjukkan bahawa tahap persepsi guru terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi penerimaan guru untuk menggunakan Google Classroom dalam Pembelajaran Teradun matematik sekolah rendah di Sarawak adalah pada tahap yang sederhana sahaja. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa Pengaruh Sosial (PS), Keadaan Kemudahan (KK) dan Sikap (SK) mempunyai hubungan yang positif dan signifikan terhadap Penerimaan Guru (PG) untuk menggunakan Google Classroom dalam Pembelajaran Teradun matematik sekolah rendah di Sarawak. Manakala Jangkaan Prestasi (JP), Jangkaan Usaha (JU) dan Nilai Pembelajaran (NP) tidak mempunyai hubungan yang positif dan signifikan terhadap Penerimaan Guru (PG) untuk menggunakan Google Classroom dalam Pembelajaran Teradun matematik sekolah rendah di Sarawak. Keenam-enam faktor peramal atau pemboleh ubah bebas (JP, JU, PS, KK, NP dan SK) menyumbang sebanyak 73.5% varian terhadap pemboleh ubah PG. Secara teoretikalnya, kajian ini menyumbang kepada peluasan ilmu dan teori sedia ada (model UTAUT) kepada tiga dimensi utama iaitu peluasan teknologi (technological extension), peluasan populasi (population extension) dan penambahan pemboleh ubah baharu. Dari aspek empirikal, kajian ini menyediakan satu model spesifik yang menjelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi penerimaan guru untuk menggunakan Google Classroom khususnya dalam kalangan guru matematik sekolah rendah di Sarawak. Dari aspek praktikal, dapatan kajian dipercayai dapat memberi input yang berguna kepada pelbagai pihak untuk merancang, mengurus dan menilai kejayaan pelaksanaan inisiatif penggunaan Google Classroom khususnya di sekolah rendah di Sarawak.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Google Classroom, Technology Acceptance, Blended Learning, Mathematics, Primary School. |
Subjects: | L Education > L Education (General) L Education > LB Theory and practice of education |
Divisions: | Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development |
Depositing User: | Mazlan |
Date Deposited: | 24 Jun 2025 07:08 |
Last Modified: | 24 Jun 2025 07:08 |
URI: | http://ir.unimas.my/id/eprint/48538 |
Actions (For repository members only: login required)
![]() |
View Item |