Pemakaian Lesen Pendudukan Sementara dalam memperuntukkan keselamatan pegangan tanah : Satu keperluan terhadap Pendekatan Pembangunan Manusia

Kiky Kirina, Abdillah and Azima, Abdul Manaf and Abd Hair, Awang (2022) Pemakaian Lesen Pendudukan Sementara dalam memperuntukkan keselamatan pegangan tanah : Satu keperluan terhadap Pendekatan Pembangunan Manusia. Geografia Malaysian Journal of Society and Space, 18 (2). pp. 90-102. ISSN 2682-7727

[img] PDF
49402-184752-1-PB.pdf

Download (305kB)
Official URL: https://ejournal.ukm.my/gmjss/article/view/49402/1...

Abstract

Perumahan yang selamat merupakan salah satu komponen penting kepada jaminan penghidupan. Namun bagi golongan isi rumah berpendapatan rendah di bandar, ia menjadi satu cabaran kerana kekangan yang dihadapi dari segi akses bagi mendapatkan tanah yang selamat, sesuai serta mampu milik. Artikel ini membincangkan isu keselamatan pegangan tanah dalam kalangan isi rumah yang tidak memiliki hak pemunyaan ke atas tanah. Ia dianalisis dengan menggunakan instrumen pegangan tanah yang dikenali sebagai Lesen Pendudukan Sementara (LPS) yang mengandungi prinsip-prinsip asas Pendekatan Pembangunan Manusia. Kajian ini menggunakan kaedah analisis kandungan data sekunder yang diperoleh daripada dokumen rasmi dari institusiinstitusi pembangunan dunia dan kajian lepas. Hasil kajian mendapati, penerapan prinsip-prinsip asas Pendekatan Pembangunan Manusia menerusi pemakaian LPS mampu memperuntukkan keselamatan pegangan tanah kepada isi rumah melalui dua cara. Pertama, membekalkan jaminan perlindungan kepada isi rumah dari tindakan pengusiran oleh pihak berkuasa atau pihak ketiga menerusi pemakaian prinsip ekuiti yang memberi peluang kepada isi rumah mendapatkan akses kepada tanah milik kerajaan secara sah. Kedua, membekalkan keyakinan kepada isi rumah untuk menggunakan tanah secara aman dan mengaut faedah daripada pelaburan yang dilakukan ke atas tanah tersebut. Di sini, prinsip kecekapan memberi peluang isi rumah menggunakan tanah berdasarkan keupayaan sumber manusia dan kewangan yang dimiliki, pemerkasaan membolehkan isi rumah membuat keputusan berhubung isu perumahan dan penaiktarafan pegangan manakala kemampanan pula membolehkan rakyat dan pihak berkuasa mencapai objektif pembangunan yang memberi faedah kepada semua. Kajian ini menyimpulkan bahawa penerapan prinsip-prinsip Pendekatan Pembangunan Manusia menerusi pemakaian LPS mampu membekalkan keselamatan pegangan tanah kepada golongan isi rumah berpendapatan rendah di bandar.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: low-income households, land tenure security, Temporary Occupation License (TOL), Human Development Approach, land administration, urban housing.
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General)
H Social Sciences > H Social Sciences (General)
H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Social Sciences & Humanities
Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Social Sciences & Humanities
Depositing User: Abdillah
Date Deposited: 29 May 2025 04:01
Last Modified: 29 May 2025 04:01
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/48361

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item