Kepelbagaian Gaya Pembelajaran Murid Kurang Upaya Intelektual dalam Program Pendidikan Inklusif di Sarawak = (Diversity of Learning Styles Among Students with Intellectual Disabilities in Inclusive Education Programs in Sarawak)

Mohamad Taha, Abol and Zaimuariffudin Shukri, Nordin (2023) Kepelbagaian Gaya Pembelajaran Murid Kurang Upaya Intelektual dalam Program Pendidikan Inklusif di Sarawak = (Diversity of Learning Styles Among Students with Intellectual Disabilities in Inclusive Education Programs in Sarawak). Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH, 8 (12). pp. 1-20. ISSN 2504-8562

[img] PDF
Kepelbagaian Gaya Pembelajaran.pdf

Download (350kB)
Official URL: https://msocialsciences.com/index.php/mjssh/articl...

Abstract

Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) Kurang Upaya Intelek (KUI) boleh mendapat lebih banyak manfaat dalam konteks sekolah apabila mereka dibenarkan belajar mengikut gaya pembelajaran pilihan mereka. Objektif utama kajian ini adalah untuk memahami keperluan Guru Sekolah Menengah di Sarawak bagi menangani kepelbagaian gaya pembelajaran dalam aspek Program Pendidikan Inklusif (PPI) bagi MBPK KUI. Pendekatan kualitatif dipilih bagi melaksanakan kajian, dan temu bual separa berstruktur telah dilaksanakan terhadap 10 orang guru PPI di sekolah menengah kebangsaan di Sarawak, Malaysia. Analisis tematik digunakan untuk menganalisis data. Dapatan kajian menunjukkan guru tidak menyedari keperluan gaya pembelajaran yang berbeza bagi murid mereka, dan kepentingan untuk menampung kepelbagaian gaya pembelajaran untuk memastikan semua murid dapat mengembangkan potensi pembelajaran. Guru juga tidak menggunakan pelbagai kaedah dan strategi pengajaran untuk menampung kepelbagaian gaya pembelajaran murid. Maka, hanya murid tertentu sahaja yang boleh mendapat manfaat daripada pengajaran dan pembelajaran. Kajian menunjukkan kepentingan untuk menampung keperluan gaya pembelajaran yang pelbagai dengan penggunaan berbagai strategi pengajaran.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Murid Bekeperluan Pendidikan Khas (MBPK), Pendidikan Inklusif, Kepelbagaian Gaya Pembelajaran.
Subjects: L Education > L Education (General)
L Education > LC Special aspects of education
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Education, Language and Communication
Depositing User: Gani
Date Deposited: 10 Mar 2025 02:31
Last Modified: 10 Mar 2025 02:31
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/47727

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item