Muhammad Asri, Mohd Ali and Mohd Mahadee, Ismail and Ahmad Rizal, Mohd Yusof and Muhammad Shamsinor, Abd Azzis and Arvin, Tajari and Najiha, Zainudin (2016) Integrasi Parti dan Pola Pengundian : Kajian di Kuala Lumpur Semasa Pra-Pilihan Raya Umum ke 14. Research Journal of Social Sciences, 9 (3). pp. 66-77. ISSN 1815-9125
PDF
Journal Najiha 66-77.pdf Download (224kB) |
Abstract
Sifat mutli-etnik masyarakat di Malaysia menyebabkan pengundi mengutamakan perpaduan. Oleh itu semasa Pilihan Raya Umum (PRU) mereka memilih parti yang mempraktikkan integrasi seperti Barisan Nasional (BN). Hal ini menyebabkan BN sentiasa memenangi PRU di Malaysia sejak merdeka sehingga PRU ke-13 lalu. Namun begitu, semenjak tahun 1999 dan 2008, parti-parti pembangkang mula mempraktikkan politik integrasi dalam kalangan mereka dan berjaya mengurangkan penguasaan majoriti dua pertiga BN semasa PRU12 (2008). Walau bagaimanapun, perkembangan politik yang berlaku selepas PRU13 (2013) menunjukkan parti pembangkang tidak berupaya mengekalkan prinsip integrasi apabila dua parti utama iaitu Democratic Action Party (DAP) dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) telah bertelagah. Perpecahan parti pembangkang menyebabkan PRU14 akan menyaksikan persaingan di antara parti Melayu dengan bukan Melayu. Penemuan kajian di Kuala Lumpur menunjukkan bahawa pengaruh BN masih merosot dan pengundi Melayu belum membuat keputusan parti mana yang mereka akan sokong.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Integrasi Parti, Perilaku Pengundi, politik elektoral. |
Subjects: | J Political Science > JA Political science (General) |
Divisions: | Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Social Sciences & Humanities Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Social Sciences & Humanities |
Depositing User: | Zainudin |
Date Deposited: | 07 Nov 2024 07:23 |
Last Modified: | 07 Nov 2024 07:23 |
URI: | http://ir.unimas.my/id/eprint/46554 |
Actions (For repository members only: login required)
View Item |