Bahan Pengajaran-Pembelajaran Seni Bahasa: Analisis Makna Melalui Semantik Inkuisitif

GEORGE ROMIKO, BUJANG (2024) Bahan Pengajaran-Pembelajaran Seni Bahasa: Analisis Makna Melalui Semantik Inkuisitif. PhD thesis, Universiti Malaysia Sarawak.

[img] PDF
DSVA George Romiko Bujang.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (284kB) | Request a copy
[img] PDF
George Romiko Bujang (24pgs).pdf

Download (333kB)
[img] PDF (Please get the password by email to repository@unimas.my , or call ext: 3914 / 3942 / 3933)
George Romiko Bujang Fulltext.pdf
Restricted to Registered users only

Download (4MB) | Request a copy

Abstract

Seni bahasa merupakan salah satu elemen penting yang wujud dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Mempelajari seni bahasa dalam suasana Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21) yang serba mencabar memerlukan kaedah pembelajaran yang relevan dan bersesuaian dengan perkembangan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) murid. Tambahan pula, masih terdapat sebilangan murid belum berupaya mencungkil makna implisit yang terkandung dalam bahan pengajaran dan pembelajaran seni bahasa. Justeru, kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk mengesan, mencungkil dan menjelaskan makna tersirat dalam bahan pengajaran dan pembelajaran seni bahasa sehingga peringkat akal budi dengan mengaplikasikan pendekatan Semantik Inkuisitif (SI) yang diperkenalkan oleh Nor Hashimah Jalaluddin (2014). Teori Relevans (TR) yang diasaskan oleh Sperber & Wilson (1986) dan Rangka Rujuk Silang (RRS) oleh Kempson (1984) juga digunakan dalam kajian ini. Kajian berbentuk kualitatif ini menggunakan kaedah analisis teks terhadap bahan seni bahasa yang terkandung dalam buku teks Bahasa Melayu Tahun Empat sehingga Tahun Enam Sekolah Kebangsaan (SK). Pemerhatian terhadap responden kajian yang terdiri daripada 30 orang murid tahap dua di Sekolah Kebangsaan Batu Luking, Kanowit turut dilaksanakan. Hasil kajian mendapati bahawa pendekatan SI yang bersistematik dan multidisiplin ini berupaya menjana KBAT murid dalam usaha meneroka makna tersirat yang terkandung dalam bahan pengajaran dan pembelajaran seni bahasa. Penggunaan RRS dalam peringkat kedua analisis semantik resonans menjadikan pembelajaran pendidikan Bahasa Melayu lebih menarik dan bermakna. Pendekatan SI yang diketengahkan ini diharapkan menjadi kaedah terbaik untuk memimpin murid meneroka makna tersirat di sebalik bahan seni bahasa untuk menghasilkan impak pembelajaran yang lebih berkualiti.

Item Type: Thesis (PhD)
Uncontrolled Keywords: Seni bahasa, semantik inkuisitif, teori relevans, rangka rujuk silang, KBAT
Subjects: L Education > L Education (General)
L Education > LB Theory and practice of education
L Education > LB Theory and practice of education > LB1501 Primary Education
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Education, Language and Communication
Depositing User: GEORGE ROMIKO ANAK BUJANG
Date Deposited: 05 Sep 2024 08:19
Last Modified: 05 Sep 2024 08:19
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/45955

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item