Claudia, Jiton and Dzurizah, Ibrahim (2023) TINJAUAN LITERATUR SISTEMATIK MENGENAI FAKTOR PENGELUARAN SIMPANAN PERSARAAN SEMASA PANDEMIK COVID 19. Jurnal Komunikasi Borneo, 11 (2023). pp. 222-234. ISSN 2289-859X
PDF
Jurnal Komunikasi Borneo Claudia.pdf Download (8MB) |
Abstract
Kajian ini membincangkan tentang faktor pengeluaran simpanan persaraan semasa pandemik COVID 19 melalui tinjauan literatur sistematik. Kebolehpasaran kerja telah terjejas secara mendadak akibat daripada SARS-CoV-2 yang menyebabkan pandemik yang dinamakan COVID 19 yang melanda seluruh dunia pada penghujung tahun 2019 sehingga menyebabkan perintah berkurung dan kawalan pergerakan daripada awal tahun 2020 bagi mencegah penyakit yang membawa maut tersebut. Golongan pekerja paling terjejas kerana ada yang telah dibuang kerja mahupun mengalami pengurangan mendadak dari segi pendapatan sehingga menyebabkan kerajaan dan penggubal polisi setiap negara di dunia untuk menawarkan bantuan kewangan bagi membantu mereka yang terjejas. Keselamatan sosial yang baik sebenarnya penting sebagai jaminan kepada pekerja untuk mendapatkan faedah apabila berlakunya perkara yang tidak terduga seperti pandemik COVID 19. Maka, ada negara yang membenarkan pengeluaran awal wang simpanan persaraan semasa pandemik dengan tujuan membantu golongan yang terjejas. Namun demikian, keputusan tersebut sebenarnya cuma penyelesaian jangka masa pendek yang membawa kepada risiko jangka masa panjang. Analisis tematik digunakan untuk mengnalpasti dan menerangkan hasil kajian berkaitan dengan faktor pengeluaran wang simpanan persaraan menggunakan sorotan kajian lepas terbitan tahun 2020 sehingga 2023. Justeru, kajian mengenai faktor pengeluaran awal wang simpanan persaraan semasa pandemik adalah penting bagi membolehkan kajian masa depan melihat secara holistik faktor yang mendesak kepada pengeluaran wang simpanan persaraan semasa pandemik COVID 19.
Item Type: | Article |
---|---|
Additional Information: | COVID-19 |
Uncontrolled Keywords: | Simpanan Persaraan; Keselamatan Sosial; Pandemik Covid19; Pengeluaran Awal. |
Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor |
Divisions: | Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Social Sciences & Humanities Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Social Sciences & Humanities |
Depositing User: | Jiton |
Date Deposited: | 20 May 2024 02:16 |
Last Modified: | 20 May 2024 02:16 |
URI: | http://ir.unimas.my/id/eprint/44796 |
Actions (For repository members only: login required)
View Item |