Kesan Bacaan Tartil (Tajwid Dan Tadabur) Terhadap Fisiologi dan Aktiviti Neurosains Kognitif Menggunakan Electroencephalography Dan NeuroFeedback Training Suatu Sorotan

Nurul Hanim, Nasaruddin and Sharifah, Nurshahida and Sharifah, Fazirah (2023) Kesan Bacaan Tartil (Tajwid Dan Tadabur) Terhadap Fisiologi dan Aktiviti Neurosains Kognitif Menggunakan Electroencephalography Dan NeuroFeedback Training Suatu Sorotan. Jurnal Pengajian Islam, 16 (2). pp. 19-32. ISSN 1823 7126

[img] PDF
Kesan Bacaan.pdf

Download (109kB)
Official URL: https://jpi.kuis.edu.my/index.php/jpi/article/view...

Abstract

Tartil merupakan bacaan al-Quran dengan sebutan yang tepat dan sempurna beserta penghayatan ketika membacanya. Ramai di kalangan pembaca al -Quran tidak menitikberatkan pembacaan secara Tartil. Penulisan ini bertujuan mengenal pasti kajian literatur berkaitan kesan bacaan al -Quran terhadap gelombang otak dan fisiologi secara umum. Seterusnya mengenal pasti dan menganalisis kajian literatur berkaitan kesan bacaan Tartil iaitu bertajwid dan bertadabbur terhadap gelombang otak dan fisiologi. Metodologi kajian ini menggunakan kaedah tinjauan terhadap artikel riview dari literatur sebelum ini yang berkaitan kaedah eksperimen melalui satu siri pemerhatian dan tafsiran keputusan daripada data yang diperolehi daripada rakaman EEG atau latihan neurofeedback dan kaedah yang berkaitan dengannya melibatkan terapi al -Quran. Data dari artikel terpilih dikumpulkan dan dianalisis dengan menggunakan kaedah deskriptif untuk menghuraikan serta memberi penerangan mengenai sesuatu fakta yang diperolehi. Hasil penelitian, gelombang alfa dilihat lebih dominan ketika bacaan tartil dimana gelombang ini dapat mengaktifkan hormon endorfin secara semulajadi dimana hormon ini dikenali sebagai penghilang rasa sakit, dan berperanan dalam melegakan gejala kemurungan, tekanan, dan kebimbangan. Hasil dapatan kajian ini diharapkan dapat memberi bukti saintifik bahawa tuntutan bacaan secara Tartil mempunyai kaitan dengan kesihatan minda dan fisiologi serta pembangunan akal manusia khususnya terhadap umat Islam.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Tartil, gelombang otak, al -Quran dan Neurosains.
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion
H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development
Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development
Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development
Depositing User: Nasaruddin
Date Deposited: 15 Jan 2024 00:32
Last Modified: 15 Jan 2024 00:32
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/44048

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item