Hamrila, Abdul Latip (2022) Jaringan Hubungan Bermanfaat. [Newspaper Cutting]
PDF
jaringan hub industri April2022 HL.pdf Download (549kB) |
Abstract
Kelebihan interaksi perhubungan berasaskan rangkaian (networking) bukanlah perkara baharu. Sejak berabad yang lalu, hubungan perdagangan dan ekonomi didasari oleh rangkaian tertentu. Terdapat banyak persoalan yang sering dikaitkan dan diperdebatkan apabila memperkatakan pro dan kontra jaringan hubungan dalam membantu melaksanakan kerja yang ingin disiapkan. Atas dasar hubungan perniagaan, proses persetujuan dan permuafakatan dilihat lebih mudah untuk mencapai objektif di antara entiti niaga atau organisasi. Dalam konteks ini, hubungan korporat atau perniagaan lebih bersifat ‘dyadic’ atau dua hala. Dalam konteks organisasi dalaman pula, pembuatan keputusan yang memerlukan banyak input dan maklumat yang serentak bersifat real-time. Seseorang individu akan mendapat kesukaran melaksanakan kerja jika mengamalkan sikap kera sumbang, kerana agak mustahil untuk memperolehi mahupun menyediakan kesemua maklumat tanpa bantuan dan kerjasama pihak lain. Umumnya, jaringan hubungan adalah suatu yang positif apabila ianya bersifat positif, telus dan saksama. Namun ironinya, tiada pekerjaan yang dilakukan terkial-kial bersendirian. Maka, usahasama yang hibrid akan membantu meluaskan potensi secara semulajadi. Organisasi yang memupuk dan mengekalkan ‘networking’ biasanya lebih berjaya berbanding dengan yang mengabaikan perhubungan. Begitu jugalah dengan organisasi kerja mahupun entiti niaga. Jaringan niaga yang lebih kukuh perlu bersifat jangka panjang dan bersih dari segi kebolehharapan dan kepercayaan secara jangka panjang.
Item Type: | Newspaper Cutting |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | UNIMAS News |
Subjects: | H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management H Social Sciences > HM Sociology |
Divisions: | Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Economics and Business Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Economics and Business |
Depositing User: | Abdul Latip |
Date Deposited: | 06 Dec 2022 02:56 |
Last Modified: | 12 Dec 2022 08:19 |
URI: | http://ir.unimas.my/id/eprint/40686 |
Actions (For repository members only: login required)
View Item |