Hamidah, M. Yunus (2022) Pengetahuan Kandungan Pedagogi Teknologi Pensyarah TVET di Sarawak. Masters thesis, Universiti Malaysia Sarawak.
PDF (Please get the password by email to repository@unimas.my , or call ext: 082-583914/3973/3933)
Hamidah ft.pdf Restricted to Registered users only Download (2MB) | Request a copy |
Abstract
Keutamaan menghasilkan graduan TVET yang berkualiti dalam iklim lonjakan Revolusi Industri 4.0 (4IR) menjadikan tenaga pengajar memainkan peranan penting. Tenaga pengajar juga seharusnya mempunyai kepakaran dan kecekapan yang berkualiti di dalam kelas pengajaran mereka. Oleh itu kajian ini mengkaji bagaimana pensyarah TVET mengintegrasikan teknologi dalam pengajaran mereka melalui kerangka teori Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan (TPACK). Kajian ini menggunakan pendekatan kajian campuran yang menggabungkan data tinjauan dari 62 orang pensyarah TVET kolej komuniti di Sarawak dengan data kumpulan fokus, penerangan yang mendalam diperolehi mengenai bagaimana mereka mengintegrasikan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Dapatan kajian campuran menunjukkan pensyarah TVET mempunyai tahap pengetahuan teknologi, pedagogi dan kandungan yang sederhana secara keseluruhan. Mereka menunjukkan pengetahuan yang tinggi dalam teknologi namun kebolehan mereka menyesuaikan penggunaan teknologi dengan aktiviti pengajaran yang berbeza adalah masih terhad. Pensyarah TVET cenderung menggunakan teknologi seperti peralatan berteknologi mengikut bidang yang diajar, teknologi komputer, perkhidmatan web percuma, perisian pengajaran dan pembelajaran, telefon pintar dan aplikasi sosial dalam pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, bagi merealisasikan hasrat kerajaan menghasilkan graduan TVET yang berkualiti, peranan pensyarah TVET sebagai tenaga pengajar yang berpengetahuan dan berkemahiran seharusnya turut menjadi agenda utama dalam menghasilkan modal insan yang mahir menggunakan TVET.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Pengetahuan Kandungan Pedagogi Teknologi (TPACK), Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), Kolej Komuniti, teknologi |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher Education |
Divisions: | Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development |
Depositing User: | HAMIDAH BINTI MOHAMMAD YUNUS |
Date Deposited: | 20 Apr 2022 02:58 |
Last Modified: | 13 Dec 2024 08:56 |
URI: | http://ir.unimas.my/id/eprint/38318 |
Actions (For repository members only: login required)
View Item |