Hazman, Bin Ag. Sulaiman (2015) Faktor-Faktor Pemberhentian Kerja Dan Impaknya Ke Atas Pekerja : Satu Kajian Di Kota Kinabalu, Sabah. [Final Year Project Report] (Unpublished)
PDF (Please get the password by email to repository@unimas.my , or call ext: 082-583914/3973/3933)
Hazman.pdf Restricted to Registered users only Download (41MB) |
Abstract
Pemberhentian kerja menjadi isu yang sangat membimbangkan pada masa kini terutamanya penamatan perkhidmatan tanpa kerelaan pekerja (involuntary termination). Pekerja yang diberhentikan akan membuat laporan di Jabatan Tenaga Kerja dan Jabatan Perhubungan Perusahaan bagi membangkitkan keputusan yang dibuat oleh majikan berhubung dengan pemberhentian dan menuntut remedi jika tidak berpuas hati dengan tindakan majikan menamatkan perkhidmatan mereka. Dua remedi yang boleh dituntut oleh pekerja ialah pemulihan ke jawatan asal dan pampasan. Kajian ini umumnya dijalankan bagi mengetahui punca-punca seseorang pekerja diberhentikan kerja oleh majikan dan tindakan yang perlu diambil oleh majikan sebelum memberhentikan pekerja. Selain itu, kajian ini juga bertujuan melihat impak pemberhentian kerja terhadap pekerja dan jenis-jenis remedi yang dituntutoleh pekerja. Seramai 56 orang responden menjadi subjek kajian di mana responden ini adalah pekerja yang membuat laporan di at as pemberhentian kerja oleh majikan. Borang soal selidik telah digunakan bagi mendapatkan data daripada respond en dan perisian Statistical Package for Social Sciences telah digunakan bagi menganalisis data. Hasil kajian mendapati terdapat tiga faktor utama pekerja diberhentikan kerja ialah faktor disiplin, prestasi dan ekonomi. Faktor disiplin dan prestasi menyumbang kepada faktor tertinggi seseorang pekerja diberhentikan kerja. Dapatan kajian juga mendapati majikan tidak mengikut prosedur pemberhentian dan kebanyakan pekerja yang diberhentikan kerja hanya diberi notis penamatan perkhidmatan dan amaran bertulis sebelum diberhentikan. Disamping itu, kajian mendapati tindakan majikan men am atkan perkhidmatan pekerja memberi kesan tidak baik kepada pekerja, di mana pekerja mengalami kemurungan, tahap keyakinan diri yang menurun, masalah kewangan, kesukaran mendapatkan pekerjaan baru impak negatif kepada keluarga.
Item Type: | Final Year Project Report |
---|---|
Additional Information: | Project report (SmSS Kep) -- Universiti Malaysia Sarawak, 2015. |
Uncontrolled Keywords: | penamatan perkhidmatan, faktor disiplin, prestasi dan ekonomi, unimas, university, universiti, Borneo, Malaysia, Sarawak, Kuching, Samarahan, ipta, education, undergraduate, research, Universiti Malaysia Sarawak. |
Subjects: | H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor |
Divisions: | Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Social Sciences & Humanities Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Social Sciences & Humanities |
Depositing User: | Gani |
Date Deposited: | 25 Feb 2020 02:33 |
Last Modified: | 10 Oct 2023 08:42 |
URI: | http://ir.unimas.my/id/eprint/29142 |
Actions (For repository members only: login required)
View Item |