Persepsi Terhadap Kehamilan Remaja Bawah Umur Di Penempatan Semula Sungai Asap Belaga Kapit Sarawak

Panting, Albeny Joslyn and Brandah, Robinson and Busu, Pises and Helmi, Bin Sumilan and Mohamad Zaidan, Bin Zulkepli and Teh Rafidah, Binti Kipli (2019) Persepsi Terhadap Kehamilan Remaja Bawah Umur Di Penempatan Semula Sungai Asap Belaga Kapit Sarawak. Malaysian Journal of Health Promotion, 1. pp. 1-15. ISSN 2710-6330

[img] PDF
PERSEPSI.pdf

Download (194kB)
Official URL: http://iptk.moh.gov.my/iptk/index.php/home

Abstract

Penglibatan remaja dalam perlakuan berisiko yang menjurus kepada kehamilan remaja amat membimbangkan. Masalah kesihatan yang berkaitan dengan kehamilan remaja adalah tekanan darah tinggi, kencing manis, anaemia dan pelbagai komplikasi kelahiran lain. Selain itu, berlaku peningkatan terhadap kes pengguguran janin dan pembuangan bayi. Kajian kualitatif dijalankan di Penempatan Semula Sungai Asap, Belaga Kapit, Sarawak pada 21 sehingga 25 November 2016 dalam kalangan 13 orang remaja (6 lelaki, 7 perempuan) berumur di antara 15 tahun hingga 20 tahun. Kaedah temu bual secara mendalam digunakan untuk mengumpul data berkaitan persepsi mereka terhadap kehamilan remaja menggunakan soalan separa berstruktur. Soalan dibangunkan berdasarkan tema faktor penyebab remaja terjebak, kesan, faedah dan kaedah menjauhi perlakuan beriksiko. Secara keseluruhan, faktor yang menyebabkan terjebaknya remaja kepada tingkah laku berisiko adalah pergaulan bebas, penggunaan media sosial dan pengaruh rakan sebaya. Bagi tema kepercayaan keterukan penyakit, subjek berpendapat bahawa kehamilan memberi kesan fizikal, kesan terhadap mental, pendidikan dan hubungan sosial remaja. Peranan ibu bapa, pihak sekolah dan komuniti setempat merupakan faktor yang boleh menghalang remaja terjebak di dalam tingkahlaku berisiko ini. Remaja berpendapat faedah menjauhi perlakuan berisiko ialah hidup lebih tenang dan cita-cita tercapai serta maruah keluarga terjaga. Kaedah yang boleh membina keyakinan diri adalah berdoa, mendapatkan pandangan dan pengalaman orang lain, mendapat maklumat dari sumber yang betul dan melakukan aktiviti yang sihat. Kajian ini berjaya menyungkil persepsi remaja tentang isu kehamilan remaja. Memperkukuhkan keyakinan kendiri remaja di samping memupuk kaedah-kaedah menjauhi perlakuan berisiko boleh membantu mengurangkan masalah kehamilan remaja. Kata Kunci: Kehamilan Remaja, Persepsi, Keyakinan Diri

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Kehamilan Remaja, Persepsi, Keyakinan Diri, unimas, university, universiti, Borneo, Malaysia, Sarawak, Kuching, Samarahan, ipta, education, research, Universiti Malaysia Sarawak.
Subjects: R Medicine > RA Public aspects of medicine > RA0421 Public health. Hygiene. Preventive Medicine
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development
Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development
Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development
Depositing User: Sumilan
Date Deposited: 11 Nov 2019 07:23
Last Modified: 21 May 2021 09:53
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/27746

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item