efikasi diri guru dalam menangani kanak-kanak agresif di pra-sekolah : satu kajian kes di negeri Kedah Darul Aman

Siti Zaharah, Ahmad and Lee, Jun Choi and Sawan, @ Mohammad Syawal Narawi (2018) efikasi diri guru dalam menangani kanak-kanak agresif di pra-sekolah : satu kajian kes di negeri Kedah Darul Aman. Journal of Education and Social Sciences, 9 (2). pp. 38-49. ISSN 2289-9855

[img]
Preview
PDF
Jesoc Issue 2 Vol 9 2018 Siti (abstrak).pdf

Download (126kB) | Preview
Official URL: http://jesoc.com/

Abstract

Dewasa kini sikap agresif pelajar bukan sahaja terjadi di peringkat sekolah rendah dan menengah, malah berlaku juga di peringkat pra-sekolah. Suka atau tidak, sebagai seorang pendidik di pra-sekolah, perkara ini merupakan antara cabaran yang perlu dihadapi. Adalah menjadi tanggungjawab seorang guru pra-sekolah untuk menangani kes-kes kanak-kanak yang berkelakuan agresif.. Sehingga kini belum lagi terdapat sebarang kajian yang melihat apakah sebenarnya tahap efikasi diri guru pra-sekolah serta sumber-sumber yang mempengaruhinya dalam menghadapi kanak-kanak agresif. Oleh itu, tujuan kajian ini adalah untuk mengetahui sejauhmanakah tahap efikasi diri guru dalam menangani kanak-kanak yang agresif dan menentukan sumber efikasi diri yang manakah yang merupakan peramal yang konsisten bagi setiap subskil efikasi diri (tingkah laku, kognitif, emosi) guru dalam menangani anak-anak yang agresif di pra-sekolah. Berdasarkan borang soal selidik yang telah diedarkan, seramai 251 guru pra-sekolah terlibat dalam kajian ini. Secara keseluruhannya, kajian ini mendapati tahap efikasi diri guru (Tingkahlaku, Kognitif, dan Emosi) dalam menangani kanak-kanak agresif adalah di tahap sederhana. Berdasarkan dapatan kajian ini, Pujukan Lisan dan Ransangan Fisiologi merupakan peramal yang signifikan terhadap efikasi diri kognitif dan efikasi diri emosi dalam menangani kanak-kanak agresif dalam pra-sekolah. Adalah disarankan agar segala bentuk program pembangunan diri guru berkaitan dengan perkara ini perlu lebih fokus pada strategi kognitif dan metakognitif

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Efikasi guru, Guru pra-sekolah, Kanak-kanak agresif, unimas, university, universiti, Borneo, Malaysia, Sarawak, Kuching, Samarahan, ipta, education, undergraduate, research, Universiti Malaysia Sarawak
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
L Education > LB Theory and practice of education > LB1501 Primary Education
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development
Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development
Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development
Depositing User: Saman
Date Deposited: 17 Apr 2018 03:51
Last Modified: 17 Apr 2018 03:51
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/20141

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item