Faktor-faktor yang mempengaruhi tahap pemindahan latihan komputer di Jabatan Kerja Raya

Azlin, Binti Yusof. (2003) Faktor-faktor yang mempengaruhi tahap pemindahan latihan komputer di Jabatan Kerja Raya. [Final Year Project Report] (Unpublished)

[img] PDF (Please get the password by email to repository@unimas.my , or call ext: 082-583914/3942/3933)
Faktor-faktor yang mempengaruhi tahap..(fulltext).pdf
Restricted to Registered users only

Download (24MB)

Abstract

Objektif kajian ini dijaJankan bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi tahap pemindahan latihan komputer di labatan Kerja Raya. Lokasi kajian yang telah dipilih adalah Ibu Pejabat labatan Kerja Raya (JKR) Sarawak. lumlah responden yang terlibat adalah seramai 60 orang yang dipilih secara rawak daripada pekerja eksekutif dan pekerja bukan eksekutif di organisasi tersebut. Instrumen kajian yang digunakan bagi mendapatkan maklumat kajian adalah dengan menggunakan borang soal selidik yang telah direka sendiri oleh pengkaji dalam dwi bahasa, iaitu Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Dapatan kajian dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) Window Release 11.0. Dalam kajian ini, dua kaedah statistik telah digunakan, iaitu statistik deskriptif dan inferensi. Ujian ANOV A Satu Hala digunakan untuk menentukan tiada perbezaan signifikan antara persepsi responden terhadap tahap pemindahan latihan komputer dengan faktor demografi responden. Manakala Ujian Korelasi Pearson 'r' digunakan untuk menentukan tiada hubungan signifikan an tara faktor-faktor, iaitu sikap pekerja, corak pemikiran pekerja, sokongan pihak atasan, persekitaran tempat kerja dan kandungan latihan dengan persepsi respond en terhadap tahap pemindahan latihan komputer. Ujian Analisis Regrasi Linear pula digunakan untuk menentukan faktor dominan yang mempengaruhi persepsi responden terhadap tahap pemindahan latihan komputer di Ibu Pejabat JKR Sarawak. Ujian ANOV A Satu Hala menunjukkan tiada perbezaan signifikan antara persepsi respond en terhadap tahap pemindahan latihan komputer dengan faktor umur, tahap pendidikan dan tempoh perkhidmatan responden. Ujian Korelasi Pearson 'r' pula menunjukkan bahawa terdapat hubungan signifikan antara faktor sikap pekerja dengan persepsi pekerja terhadap tahap pemindahan latihan komputer di mana r = 0.387, p < 0.01. Selain itu, ujian tersebut turut menunjukkan bahawa terdapat hubungan signifikan antara faktor corak pemikiran pekerja (r = 0.394, P < 0.0 I) dan faktor persekitaran tempat kerja ( r = 0.289, p < 0.05) dengan persepsi pekerja terhadap tahap pemindahan latihan komputer. Beberapa cadangan turut dikemukakan kepada organisasi dan pengkaji akan datang.

Item Type: Final Year Project Report
Additional Information: Project report (B.Sc.) -- Universiti Malaysia Sarawak, 2003.
Uncontrolled Keywords: training of employees, unimas, university, universiti, Borneo, Malaysia, Sarawak, Kuching, Samarahan, ipta, education, undergraduate, research, Universiti Malaysia Sarawak
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development
Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development
Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development
Depositing User: Saman
Date Deposited: 13 Sep 2017 00:19
Last Modified: 07 Feb 2023 08:13
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/17545

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item