Norsiah, Fauzan and Siti Naqiah, Shahidan (2015) Al-Quran Untuk Terapi Minda dan Penyembuhan: Kajian menggunakan Quantitative Electroencephalograph (qEEG). Global Journal Al-Thaqafah, 5 (2). pp. 99-109. ISSN 22320474
|
PDF
No 24 (abstrak).pdf Download (140kB) | Preview |
Abstract
Artikel ini melaporkan kajian ke atas tingkah laku minda semasa membaca Al-Quran dengan menggunakan alat Quantitative Electroencephalograph (qEEG). QEEG adalah penilaian elektrofisiologi non invasif yang menggunakan analisis berkomputer matematik untuk menukar data bentuk gelombang mentah ke dalam julat frekuensi yang berbeza termasuk delta, theta, alpha dan beta. Analisis kompleks menyediakan analisis seperti simetri, fasa, koheren, amplitud, kuasa dan dominan mereka julat frekuensi. Kajian ini bertujuan untuk mengukur dan mengenalpasti isyarat EEG semasa aktiviti membaca, mendengar Al-Quran dan membuka mata. Dalam kajian ini surah Al-Mulk menjadi pilihan penyelidik untuk melihat keberkesanannya ke atas pengaktifan otak semasa mendengar surah tersebut berbanding dengan pembacaan sendiri ayat-ayat tersebut. Data mentah dari keduadua keadaan dianalisis untuk menentukan apaapa perubahan gelombang otak dari kumpulan yang berbeza. Semasa membaca Al-Quran amplitud tertinggi pengagihan kuasa spektrum diperhatikan di Delta di kawasan Frontal (F1, F2, F4, F7 dan F8), Occipital (O1,O2) dan Parietal. Sebaliknya, dengan mendengar Al- Quran menunjukkan amplitud delta tertinggi di kawasan Prefrontal F3, Fz, F4 dan F8, dan temporal. Walaupun dalam kedua-dua keadaan membaca dan mendengar surah Al-Quran sudah pasti mendatangkan pengaktifan otak yang berbeza, namun Kita dapati membaca Al-Quran sendiri telah meningkatkan amplitud yang tertinggi pengagihan spektrum berbanding dengan mendengar ayat ran sahaja. Namun dalam kedua-dua keadaan telah menghasilkan gelombang delta yang memerangsangkan pengeluaran hormon pertumbuhan yang baik untuk pembaikian
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Terapi Quran, Penyembuhan,Terapi Minda, qEEG, unimas, university, universiti, Borneo, Malaysia, Sarawak, Kuching, Samarahan, ipta, education, research, Universiti Malaysia Sarawak |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education |
Divisions: | Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development |
Depositing User: | Saman |
Date Deposited: | 16 May 2016 06:56 |
Last Modified: | 21 Oct 2016 07:28 |
URI: | http://ir.unimas.my/id/eprint/12040 |
Actions (For repository members only: login required)
View Item |