Obesity-associated Hypertension among Primary School Children in Sarawak : A Cross-sectional Study

Cheah, Whye Lian and Helmy, Bin Hazmi and Roslinda, Binti Kamarulzaman and Mohd Taha, bin Arif and Ayu Akida, Abdul Rashid (2019) Obesity-associated Hypertension among Primary School Children in Sarawak : A Cross-sectional Study. Medicine & Health, 14 (2). pp. 121-131. ISSN 2289-5728

[img] PDF
Helmy, Bin Hazmi.pdf

Download (213kB)
Official URL: http://www.medicineandhealthukm.com/article/obesit...

Abstract

Hipertensi merupakan isu kesihatan awam yang penting yang memberi kesan ke atas populasi kanak-kanak. Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan prevalens tekanan darah tinggi dan kaitannya dengan obesiti di kalangan kanak-kanak berumur 6-12 tahun di divisyen Kuching, Sarawak. Ia merupakan kajian keratan rentas menggunakan persampelan rawak berlapis. Data dikumpulkan menggunakan alat antropometrik dan monitor tekan darah digital. Data dianalisa menggunakan SPSS versi 20. Sejumlah 1314 responden mengambil bahagian. Sejumlah 36.9% dari jumlah sampel didapati mempunyai berat badan berlebihan dan obes, 31% mempunyai lemak yang lebih dan obes, 29% mempunyai ukur lilit pinggang yang abnormal dan 32.8% mempunyai ratio pinggang-tinggi yang abnormal. Sebanyak 22.1% responden didapati berada dalam peringkat pra tekanan darah tinggi dan tekanan darah tinggi. Terdapat perbezaan signifikan antara lelaki dan perempuan dalam berat badan berlebihan dan obes, lemak badan yang berlebihan dan obes dan ratio pinggang-tinggi. Pribumi Sarawak didapati mempunyai risiko yang paling tinggi dalam penyakit darah tinggi, dan paling ramai dalam berat badan dan lemak badan yang berlebihan dan obes, dan juga ukur lilit pinggang dan ratio pinggangtinggi yang abnormal. Bagi mereka yang mempunyai penyakit darah tinggi, mereka didapati mempunyai berat badan dan lemak badan yang berlebihan dan obes, dan juga ukur lilit pinggang dan ratio pinggang-tinggi yang abnormal. Pemeriksaan untuk faktor risiko yang berpotensi harus dijalankan di peringkat umur yang muda untuk mengurangkan masalah penyakit kronik di dewasa. Ukuran tekanan darah harus dilakukan dalam pemeriksaan fizikal rutin untuk mengenalpasti kanak-kanak yang berisiko tinggi untuk rujukan selanjutnya.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: hipertensi, kanak-kanak, obesiti, ratio pinggang-tinggi, unimas, university, universiti, Borneo, Malaysia, Sarawak, Kuching, Samarahan, ipta, education, research, Universiti Malaysia Sarawak.
Subjects: R Medicine > RA Public aspects of medicine > RA0421 Public health. Hygiene. Preventive Medicine
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Medicine and Health Sciences
Depositing User: Gani
Date Deposited: 03 Jan 2020 03:02
Last Modified: 26 Apr 2021 04:01
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/28663

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item