Penerokaan Cabaran Klien Wanita Yang Bermadu

Samsiah, Jayos and Nur Atikah, Mohd Yadzi (2018) Penerokaan Cabaran Klien Wanita Yang Bermadu. At-Taujih : Bimbingan dan Kaunseling Islam, 2 (1). Januari-jun. ISSN P-ISSN:2598-585X; E-ISSN:2614-4980

[img] PDF
PENEROKAAN CABARAN KLIEN WANITA YANG BERMADU (abstract).pdf

Download (110kB)
Official URL: http://jurnal.ar-raniry.ac.id/index.php/Taujih

Abstract

Kajian ini berkaitan dengan poligami tetapi dikhususkan kepada wanita Islam yang berpoligami iaitu wanita yang sedang bermadu. Jika isu poligami ini dibahaskan, ia membuatkan kaum lelaki menyenanginya, manakala wanita mencemuhnya. Melalui poligami iaitu hidup bermadu pastinya akan mengalami pelbagai cabaran bagi seorang wanita. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengkaji cabaran yang dihadapi oleh wanita yang bermadu dalam aspek perasaan, pemikiran, kesihatan fizikal, ekonomi kewangan, dan interaksi sosial dalam keluarga poligami. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dan reka bentuk kajian ini adalah reka bentuk kajian kes dengan menggunakan kaedah temu bual secara bersemuka. Sampel kajian adalah bertujuan. Responden yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada wanita Islam yang sedang bermadu di sekitar Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Kajian ini melibatkan seorang responden yang merupakan isteri pertama sebagai kajian rintis. Seterusnya empat (4) orang responden sebenar yang terdiri daripada seorang isteri pertama, dua orang isteri kedua dan seorang isteri ketiga. Hasil kajian mendapati terdapat lima (5) sub tema jenis cabaran yang dihadapi oleh wanjta bermadu. Antara jenis cabaran yang dihadapi oleh wanita bermadu adalah (1) perasaan, (2) pemikiran, (3) kesihatan, (4) ekonomi dan (5) interaksi sosial dalam keluarga poligami yang dilalui oleh wanita bermadu dalam kehidupan mereka. Secara keseluruhannya, kajian ini adalah untuk mengetahui dan memberikan sedikit sebanyak gambaran tentang cabaran yang dihadapi oleh wanita yang bermadu terhadap kaunselor dan masyarakat. Selain itu, kajian ini perlulah diperluaskan lagi pada masa akan datang agar keluarga, kaunselor dan masyarakat mendapat pemahaman yang lebih mendalam mengenai isu ini dengan harapan klien khusus seperti golongan ini dapat dibantu dengan lebih berkesan.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Penerokaan, cabaran, klien, bermadu dan wanita, kaunseling, social sciences, unimas, university, universiti, Borneo, Malaysia, Sarawak, Kuching, Samarahan, ipta, education, Universiti Malaysia Sarawak
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development
Depositing User: Jayos
Date Deposited: 05 Nov 2018 06:33
Last Modified: 05 Nov 2018 06:33
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/22283

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item