Spesifikasi Personaliti Reka Bentuk Skuter Berdasarkan Citarasa Pengguna

Khatijah, Binti Hanapi (2013) Spesifikasi Personaliti Reka Bentuk Skuter Berdasarkan Citarasa Pengguna. Masters thesis, University Malaysia Sarawak, UNIMAS.

[img] PDF (Please get the password by email to repository@unimas.my , or call ext: 082-583914/3942/3933)
KHATIJAH.pdf
Restricted to Registered users only

Download (88MB)

Abstract

Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji citarasa pengguna terhadap personaliti reka bentuk skuter. Terdapat tiga segmen reka bentuk iaitu visceral, behavioural dan reflective. Segmen ini mengandungi enam elemen personaliti reka bentuk iaitu estetika, persepsi, emosi, fungsi, visual dan keperluan. Elemen estetika, persepsi dan emosi dikategorikan dalam segmen visceral manakala segmen behavioural terdiri daripada elemen fungsi, visual dan keperluan. Elemen bagi segmen behavioural (fungsi, visual, keperluan) telah diekstrak kepada tujuh faktor utama citarasa pemilihan pengguna. Faktor-faktor yang tersenarai ialah motif pembelian, sebab pemilihan spesifikasi, faktor pemilihan jenama/model, ciri-ciri kualiti, tarikan reka bentuk, konsep rekaan dan kebolehpercayaan jenama. Menerusi dua kaedah utama penyelidikan iaitu kualitatif dan kuantitatif, hasil kajian telah mengenalpasti tiga faktor berpotensi dalam citarasa pemilihan pengguna iaitu tarikan reka bentuk, konsep rekaan dan kebolehpercayaan jenama. 3FB (3 Faktor Berpotensi) ini telah dinilai terhadap model skuter melalui soalan penanda aras (benchmarking). Penilaian dilakukan berdasarkan lapan ciri-ciri personaliti reka bentuk yang diekstrak menerusi 3FB yang mana model-model skuter yang terlibat merangkumi model standard dan yang telah diubahsuai. Hasilnya, kajian mendapati pengguna mempunyai citarasa terhadap reka bentuk skuter yang berinovatif dari sudut fungsinya serta stail dari sudut personalitinya yang berteraskan 3FB iaitu tarikan reka bentuk, konsep rekaan dan kebolehpercayaan jenama.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Thesis (M.A.) -- Universiti Malaysia Sarawak, 2013.
Uncontrolled Keywords: Dissertations Academic Malaysia, Machine design, Computer-aided design, unimas, university, universiti, Borneo, Malaysia, Sarawak, Kuching, Samarahan, ipta, education, Postgraduate, research, Universiti Malaysia Sarawak
Subjects: N Fine Arts > NX Arts in general
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Applied and Creative Arts
Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Applied and Creative Arts
Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Applied and Creative Arts
Depositing User: Karen Kornalius
Date Deposited: 03 Nov 2015 06:05
Last Modified: 15 Jun 2023 07:00
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/9311

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item