Segitiga pertumbuhan Singapura-Johor-Riau (Sijori): Satu kajian mengenai masalah serta faktor-faktor yang menyumbang kepada pembangunannya sebagai kerjasama ekonomi wilayah kecil

Mohd Ali, Mohd Derus (1997) Segitiga pertumbuhan Singapura-Johor-Riau (Sijori): Satu kajian mengenai masalah serta faktor-faktor yang menyumbang kepada pembangunannya sebagai kerjasama ekonomi wilayah kecil. [Final Year Project Report] (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
Segitiga pertumbuhan Singapura-Johor-Riau (Sijori) (24pgs).pdf

Download (1MB) | Preview
[img] PDF (Please get the password from Digital Collection Development Unit, ext : 3932 / 3914)
Segitiga pertumbuhan Singapura-Johor-Riau (Sijori) (fulltext).pdf
Restricted to Registered users only

Download (7MB)

Abstract

Integrasi ekonomi dunia pada hari ini telah menjadi semakin global dan tanpa had sempadan. Pelbagai bentuk kerjasama ekonomi serantau telah diwujudkan oleh negara-negara di dunia ini bagi memantapkan lagi integrasi ekonomi. Salah satu bentuk kerjasama ekonomi yang sering diperbincangkan sejak akhir-akhir ini ialah pembentukan konsep Segitiga Pertumbuhan. Kemunculan konsep Segitiga Pertumbuhan ini merupakan satu fenomena yang masih baru di Asia Tenggara. Latihan ilmiah ini bertujuan untuk menganalisis fenomena tersebut. Pembentukan Segitiga Pertumbuhan SIJORI yang meliputi Singapura, Johor (Malaysia) dan wilayah kepulauan Riau (Indonesia) menjadi tumpuan kajian ini. Pengkaji cuba mengupas faktor-faktor yang menyumbangkan kepada kejayaan pembangunan Segitiga Pertumbuhan tersebut serta mengutarakan beberapa masalah yang timbul di dalam perlaksanaannya. Beberapa faktor telah dikenalpasti sebagai penyumbang kepada kejayaaan kepada pembangunan Segitiga Pertumbuhan SIJORI. Antaranya ialah keperluan kepada ekonomi yang saling melengkapi, kedudukan geografi yang berhampiran, wujudnya hubungan sejarah dan etnik, kemudahan infrastruktur, peranan pihak swasta dan wujudnya iltizam politik dari ketiga-tiga kerajaan negara yang terlibat. Idea pembentukan Segitiga Pertumbuhan SIJORI ini dikatakan sebagai salah satu jalan penyelesaian untuk mengatasi kelembapan pergerakan beberapa kerjasama ekonomi di kalangan negara anggota ASEAN yang pernah wujud sebelum ini. Di samping itu, pembentukan Segitiga Pertumbuhan ini dilihat sebagai satu rangka kerja yang efektif untuk mengimbangi halangan-halangan yang wujud di dalam kerjasama ekonomi dan seterusnya dapat membina faedah bandingan berdasarkan aspek-aspek unik yang wujud di dalam kawasan-kawasan yang terlibat. Walaupun kejayaan pertumbuhan Segitiga Pertumbuhan Sijori ini dilihat sebagai pemangkin kepada pembentukan Segitiga Pertumbuhan di kawasan lain di rantau ini, namun sokongan dan komitmen yang tinggi oleh pihak kerajaan dan swasta adalah penting dalam usaha untuk memastikan kejayaan kerjasama ekonomi di wilayah Segitiga Pertumbuhan tersebut. Campurtangan kedua-dua pihak ini pada peringkat yang betul pasti dapat mempercepatkan lagi pembangunan ekonomi serta integasi wilayah.

Item Type: Final Year Project Report
Additional Information: Project Report (B.Sc.) -- Universiti Malaysia Sarawak, 1997
Uncontrolled Keywords: International economic relations, Segitiga Pertumbuhan, pembangunan ekonomi, unimas, university, universiti, Borneo, Malaysia, Sarawak, Kuching, Samarahan, ipta, education, undergraduate, research, Universiti Malaysia Sarawak
Subjects: H Social Sciences > HC Economic History and Conditions
J Political Science > JZ International relations
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Social Sciences & Humanities
Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Social Sciences & Humanities
Depositing User: Karen Kornalius
Date Deposited: 30 Jul 2015 03:31
Last Modified: 30 Jul 2015 03:31
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/8428

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item