Liputan berita tentang prestasi atlit negara di sukan Olimpik, Atlanta 1996: Satu analisis kandungan akhbar terhadap empat akhbar tempatan

Ahmad Taufiq, Ismail (1997) Liputan berita tentang prestasi atlit negara di sukan Olimpik, Atlanta 1996: Satu analisis kandungan akhbar terhadap empat akhbar tempatan. [Final Year Project Report] (Unpublished)

[img] PDF (Please get the password by email to repository@unimas.my , or call ext: 082-583914/3942/3933)
Liputan berita tentang prestas..( fulltext).pdf
Restricted to Registered users only

Download (5MB)

Abstract

Kajian ini dilakukan terhadap empat buah akhbar utama negara mengenai prestasi atlit negara di Sukan Olimpik, Atlanta 1996. Tujuan utama kajian ini adalah untuk melihat peranan dan sumbangan akhbar dalam memajukan dan menjayakan sukan tanahair sesuai dengan cogan kata "Majulah Sukan Untuk Negara". Selain itu kajian ini juga meninjau pengaruh akhbar dalam menyediakan berita untuk dipaparkan kepada pembaca dan bagaimana akhbar berfungsi dalam menyalurkan maklumat-maklumat terkini mengenai Sukan Olimpik kepada pembaca. Kajian ini menggunakan analisis isi kandungan akhbar sebagai kaedah untuk mendapatkan maklumat dan data-data. Akhbar yang terlibat ialah Berita Harian, Utusan Malaysia, New Straits Times dan The Star. Sebanyak 674 item berita telah dikaji dan diselidiki dan ia menunjukkan bahawa akhbar telah menjalankanperanan dan tanggungjawab yang baik dan berkesan sekali dalam menyiarkan berita mengenai prestasi atlit negara di Atlanta. Kajian ini sangat sesuai untuk dijadikan panduan kepada Kementerian Belia dan Sukan serta Sukom 98 (penganjur Sukan Komanwel 98 di Kuala Lumpur) dalam membantu satu rangka kerjasama dengan pihak akhbar agar kejohanan tersebut mendapat liputan yang menyeluruh dan terperinci.

Item Type: Final Year Project Report
Additional Information: Project Report (B.Sc.) -- Universiti Malaysia Sarawak, 1997
Uncontrolled Keywords: atlit negara, Sukan Olimpik, Press, Journalism, unimas, university, universiti, Borneo, Malaysia, Sarawak, Kuching, Samarahan, ipta, education, research, Universiti Malaysia Sarawak
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Social Sciences & Humanities
Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Social Sciences & Humanities
Depositing User: Karen Kornalius
Date Deposited: 30 Jul 2015 02:21
Last Modified: 09 Feb 2023 07:48
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/8424

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item