Sanib, Said (2013) Melayu Sarawak : Sejarah yang hilang. Universiti Malaysia Sarawak, (UNIMAS). ISBN 978-967-5527-45-6
PDF (Please get the password by email to repository@unimas.my, or call ext: 3914/ 3942/ 3933)
Melayu Sarawak sejarah yang hilang 10pgs.pdf Restricted to Registered users only Download (914kB) |
Abstract
Pensejarahan ialah istilah yang dicipta untuk erti yang sama dengan istilah Inggeris historiography. Pensejarahan ialah satu bidang kajian tentang karya sejarah dan membuat penilaian yang kritis berlandaskan teori dan idea sejarah. Memandangkan sejarah ialah ilmu yang cuba mengkaji tindak-tanduk manusia pada masa silam yang bergantung pada sumber fakta yang tidak pernah lengkap, maka pengkaji terpaksa menggunakan teori tertentu, spekulasi, andaian dan tafsiran.Dengan menggunakan semua ini pengkaji akan terpengaruh dengan pendekatannya dan sentimennya. Apabila perkara ini berlaku, maka karya sejarahnya akan dinilai sama ada objektif atau subjektif, benar atau palsu, atau unsur bias dan mempunyai centricism tertentu. Bagaimanapun, tiada seorang pun sejarawan yang boleh objektif dan maha adil kerana setiap insan membesar dan dididik dengan berbagai-bagai pengaruh yang akan mewarnai cara seseorang itu melakukan penyelidikan dan kemudian menulis karya sejarahnya dengan sudut pentafsiran dan analisis yang tersendiri. Kesukaran ini pernah mencetuskan definisi sejarah sendiri daripada seorang sejarawan Jerman, von Ranke 2 dengan manteranya, "wie eseigentlichgewesen " (semata-mata untuk memaparkan apa-apa yang berlaku). Bagaimanapun, ada sejarawan berpendapat sekiranya sejarah hanya catatan mengenai apa-apa yang berlaku pada masa silam, maka kajian dan karya sejarah akan menjadi chronicle, senarai peristiwa yang membosankan tanpa sebarang erti. Untuk mengelakkan daripada keadaan sedemikian, maka sejarawan E. H. Carr mendefinisikan sejarah sebagai pentafsiran masa silam. Bagaimanapun, tafsiran sedemikian kadangkala membuat karya sejarah menjadi bahan kontroversial apabila berlaku pentafsiran yang mempunyai kecenderungan tertentu. Dalam kerangka dan suasana seperti ini pensejarahan Sarawak boleh disoroti juga.
Item Type: | Book |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Malays, Social life and Customs, Universiti Malaysia Sarawak, unimas, university, universiti, Borneo, Malaysia, Sarawak, Kuching, Samarahan, ipta, education |
Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) |
Divisions: | Academic Faculties, Institutes and Centres > Institute of East Asian Studies (rebranded to IBS in 2015) Faculties, Institutes, Centres > Institute of East Asian Studies (rebranded to IBS in 2015) |
Depositing User: | Karen Kornalius |
Date Deposited: | 14 Jul 2015 07:23 |
Last Modified: | 12 Jun 2024 04:51 |
URI: | http://ir.unimas.my/id/eprint/8300 |
Actions (For repository members only: login required)
View Item |