Jamaludin, Suhaimi (2006) Hubungan antara kerapatan hubungan dengan kepuasan perkahwinan mahasiswa Universiti Malaysia Sarawak. [Final Year Project Report] (Unpublished)
PDF (Please get the password by email to repository@unimas.my , or call ext: 3914 / 3942 / 3933)
Hubungan Antara Kerapatan Hubungan Dengan Kepuasan Perkahwinan Mahasiswa Universiti Malaysia Sarawak.pdf Restricted to Registered users only Download (755kB) |
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji perhubungan antara kerapatan hubungan dengan kepuasan perkahwinan bagi mahasiswa Universiti Malaysia Sarawak. Seramai 70 orang responden yang terdiri daripada mahasiswa yang telah berkahwin telah dipilih secara rawak bagi tujuan kajian ini. Instrumen kajian yang digunakan adalah satu set borang soal selidik yang terdiri daripada dua jenis inventori iaitu Relationship Closeness Inventory (RCI) dan Comprehensive Marital Satisfaction Scale (CMSS). Kaedah statistik deskriptif digunakan bagi menganalisis faktor demografi responden yang terdiri daripada tempoh perkahwinan. Kaedah statistik inferensi pula digunakan bagi menganalisis hubungan antara kerapatan hubungan dengan kepuasan perkahwinan serta ketiga-tiga sub-skala kerapatan hubungan (kekerapan hubungan, keperlbagaian aktiviti dilakukan dan kekuatan pengaruh pasangan) dengan kepuasan perkahwinan melalui ujian Anova sehala dan ujian Korelasi Pearson. Dapatan menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan signifikan antara tempoh perkahwinan dengan kepuasan perkahwinan dan tempoh perkahwinan dengan kerapatan hubungan. Dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat hubungan signifikan antara kerapatan hubungan dengan kepuasan perkahwinan, kekerapan hubungan dengan kepuasan perkahwinan dan kekuatan pengaruh pasangan dengan kepuasan perkahwinan. Hasil dapatan kajian membuktikan bahawa terdapat hubungan signifikan antara kepelbagaian aktiviti dengan kepuasan perkahwinan. Turut dibincangkan adalah cadangan-cadangan bagi kajian akan datang dan juga limitasi kajian.
Item Type: | Final Year Project Report |
---|---|
Additional Information: | Project report (B.Sc. ) - Universiti Malaysia Sarawak, 2006. |
Uncontrolled Keywords: | Marriage , Family , Interpersonal relations, research, Universiti Malaysia Sarawak, unimas, university, universiti, Borneo, Malaysia, Sarawak, Kuching, Samarahan, ipta, education, undergraduate, |
Subjects: | H Social Sciences > HM Sociology |
Divisions: | Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development |
Depositing User: | Karen Kornalius |
Date Deposited: | 26 May 2015 01:59 |
Last Modified: | 04 Jul 2023 04:30 |
URI: | http://ir.unimas.my/id/eprint/7483 |
Actions (For repository members only: login required)
View Item |