Dayang Sariah, Abang Suhai and Mary Fatimah, Subet (2012) Homonim Antara Dialek Melayu Sarawak dan Bahasa Melanau. Issues In Language Studies, 1 (1). ISSN 2180-2726
|
PDF
Homonim Antara Dialek Melayu Sarawak dan Bahasa Melanau (abstract).pdf Download (61kB) | Preview |
Abstract
Homonim merupakan suatu aspek yang terkandung dalam sistem makna. Bentuk homonim ini bukan sahaja wujud dalam satu bahasa masyarakat yang sama, tetapi turut dijumpai dalam beberapa bahasa yang berlainan latar belakang penuturnya. Oleh itu, makalah ini akan memfokus kepada bentuk istilah yang sama ejaan dan sama sebutannya dalam dialek Melayu Sarawak (DMS) dengan bahasa Melanau. Data-data yang dibincangkan dalam makalah ini diambil daripada data yang telah didokumenkan. dan juga berdasarkan data yang dikumpul oleh penulis melalui catatan lapangan. Sumber data sekunder yang digunakan ialah Kamus Melanau Mukah – Melayu Dewan (2011) dan Daftar Kata Dialek Melayu Sarawak Edisi Kedua (1998). Penelitian ini mendapati bahawa terdapat kosa kata yang sama ejaan dan sama sebutan dalam bahasa Melanau sememangnya mempunyai persamaan dan juga perbezaan makna dalam DMS.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | homonim, Dialek Melayu Sarawak, bahasa Melanau, UNIMAS, university, universiti, Borneo, Malaysia, Sarawak, kuching, samarahan, ipta, education, research, Universiti Malaysia Sarawak |
Subjects: | P Language and Literature > P Philology. Linguistics |
Divisions: | Academic Faculties, Institutes and Centres > Centre for Language Studies Faculties, Institutes, Centres > Centre for Language Studies Academic Faculties, Institutes and Centres > Centre for Language Studies |
Depositing User: | Karen Kornalius |
Date Deposited: | 18 Mar 2015 02:17 |
Last Modified: | 18 Mar 2015 08:17 |
URI: | http://ir.unimas.my/id/eprint/6595 |
Actions (For repository members only: login required)
View Item |