Analisis Kehidupan Seorang “Pelacur Tua” Dengan Teori Relevans

Fatimah, Hj Subet and Nor Hashimah, Jalaluddin and Dayang Sariah, Abang Suhai (2011) Analisis Kehidupan Seorang “Pelacur Tua” Dengan Teori Relevans. In: Paper presented at Persidangan Linguistik ASEAN V, 21-22 Disember 2011, Dewan Bahasa Dan Pustaka: Kuala Lumpur.

[img]
Preview
PDF
Analisis Kehidupan Seorang “Pelacur Tua” Dengan Teori Relevans (abstract).pdf

Download (75kB) | Preview
Official URL: https://scholar.google.com/citations?view_op=view_...

Abstract

Usman Awang (UA) merupakan Sasterawan Negara yang banyak mendalami perasaan masyarakat. Baris-baris ciptaan sajaknya indah. Perihal hidup pelacur yang bermaksiatpun diolah secara halus demi menjaga perasaan mereka. Namun, walau apapun, masyarakat biasanya memandang serong terhadap individu yang terlibat dalam kancah pelacuran. Kehidupan pelacur diandaikan sebagai kehidupan penuh rahsia. Kajian ini cuba mencari rahsia berkenaan melalui bahasa. Kajian ini menggunakan Teori Relevans (TR) daripada bidang pragmatik yang didokong oleh Sperber dan Wilson (1986). Kajian menggunakan sajak UA yang bertajuk “Pelacur Tua”. Unsur bahasa figuratif (BF) dalam sajak ini dianalisis menggunakan TR untuk mencari rahsia tersirat kehidupan pelacur berkenaan. Hasil kajian mendapati BF yang digunakan oleh UA merangkumi personifikasi, hiperbola dan ironi. Kajian juga mendapati gabungan pelbagai BF dalam sajak ini masih mampu difahami namun masih berselindung di sebalik makna eksplisitnya. Makna eksplisit ini menuntut pencarian makna implisit yang sebenarnya. BF yang dikaji mempunyai banyak rahsia perasaan seorang pelacur dan juga perasaan yang dirasai oleh masyarakat umum terhadap pelacur. Rasa gelisah, tidak selesa, sunyi, penat, sedih, menyesal dan sebagainya dapat dirungkaikan di sebalik rasa gembira dan mudah mendapat wang. Didapati juga dengan melakukan kajian ini, pembuktian secara lebih saintifik terhadap pelbagai perasaan itu dapat dikemukakan daripada hanya membuat pernyataan umum.

Item Type: Proceeding (Paper)
Uncontrolled Keywords: Eksplisit, Implisit, Bahasa Figuratif, Teori Relevans, Pragmatik, Explicitly, Implicit, Figurative Language, Relevance Theory, Pragmatics, UNIMAS, university, universiti, Borneo, Malaysia, Sarawak, kuching, samarahan, ipta, education, Universiti Malaysia Sarawak, 2011
Subjects: H Social Sciences > HM Sociology
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Centre for Language Studies
Faculties, Institutes, Centres > Centre for Language Studies
Academic Faculties, Institutes and Centres > Centre for Language Studies
Depositing User: Karen Kornalius
Date Deposited: 18 Mar 2015 01:47
Last Modified: 19 Jan 2016 01:58
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/6590

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item