Lam, Kai Chee and Nur Khasrina, Kahar and Hamidah, Abdul Wahab and Ting, Hie Ling (2025) PENGGUNAAN BAHASA OLEH ETNIK MELANAU MUKAH. Jurnal Bahasa, 25 (1). pp. 179-204. ISSN 2462-1889
![]() |
PDF
PENGGUNAAN BAHASA OLEH ETNIK MELANAU MUKAH.pdf Download (539kB) |
Abstract
Kebolehan bertutur dalam multibahasa merupakan suatu kelebihan. Namun begitu, bahasa satu-satu etnik mungkin terancam kerana makin banyak penuturnya yang dapat menguasai bahasa lain yang lebih dominan. Kajian ini dilakukan untuk menyelidik penggunaan bahasa dalam kalangan etnik Melanau di Mukah, Sarawak. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti penggunaan bahasa masyarakat sasaran dalam domain kekeluargaan, domain kejiranan, domain keagamaan dan domain pendidikan, serta mengkaji trend penggunaan bahasa dalam generasi tua, dewasa dan muda masyarakat sasaran. Kajian kuantitatif ini menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen dan menggunakan analisis domain oleh Fishman (1972) untuk menganalisis data. Responden terdiri daripada 120 orang Melanau multilingual yang menetap di Mukah. Hasil kajian menunjukkan bahawa bahasa Melanau Mukah masih pilihan utama masyarakat sasaran dalam domain kekeluargaan dan domain kejiranan. Peningkatan tahap kerasmian dalam domain keagamaan dan domain pendidikan menyebabkan peningkatan penggunaan dialek Melayu Sarawak dan bahasa Melayu, seterusnya meminggirkan bahasa Melanau Mukah. Walaupun kedudukan bahasa Melanau Mukah masih kukuh dalam masyarakat Melanau Mukah, keadaan ini mungkin berubah dalam beberapa generasi akan datang berikutan penggunaan dialek Melayu Sarawak yang makin meluas dalam kalangan responden. Penggunaan bahasa Melanau Mukah di rumah harus diteruskan untuk mengelakkan bahasa Melanau Mukah menjadi bahasa terancam. Kajian pada masa akan datang perlu mengaitkan penggunaan bahasa Melanau Mukah dengan sikap penutur, selain meneliti tahap kefasihan bahasa Melanau Mukah dalam kalangan golongan muda masyarakat Melanau Mukah.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Analisis domain, Melanau, bahasa Melanau Mukah, penggunaan bahasa, trend merentasi generasi, bahasa etnik. |
Subjects: | P Language and Literature > PI Oriental languages and literatures |
Divisions: | Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Education, Language and Communication |
Depositing User: | Chee |
Date Deposited: | 01 Jul 2025 00:20 |
Last Modified: | 01 Jul 2025 00:20 |
URI: | http://ir.unimas.my/id/eprint/48616 |
Actions (For repository members only: login required)
![]() |
View Item |