Historiografi Nusantara dalam Seni Kontemporari: Interpretasi Sejarah, Budaya dan Identiti Melalui Karya Roslisham Ismail @ Ise dan Ahmad Fuad Osman

Baktiar Naim, Jaaffar and Mohamad Faizuan, Mat (2025) Historiografi Nusantara dalam Seni Kontemporari: Interpretasi Sejarah, Budaya dan Identiti Melalui Karya Roslisham Ismail @ Ise dan Ahmad Fuad Osman. In: Seminar Antarabangsa Kedah : Historiografi Nusantara, 27 -28 Mei 2025, Perpustakaan Digital Kedah, Alor Setar.

[img] PDF
Seminar antarabangsa Kedah_Historiografi Nusantara.pdf

Download (1MB)

Abstract

Artikel ini membincangkan usaha membina perspektif baharu dalam menyelidiki historiografi Alam Melayu dan Nusantara melalui karya seni kontemporari. Penelitian terhadap sejarah, budaya dan antropologi Melayu ini dilakukan ke atas karya-karya seni kontemporari oleh dua seniman iaitu Roslisham Ismail @ ISE dan Ahmad Fuad Osman di Pameran NUSA, sebuah pameran koleksi tetap Balai Seni Negara. Penelititan dan pemerhatian ini dilaksanakan dengan menerapkan kaedah Praktik sebagai Penyelidikan atau Practice as Research (PaR). Pa Rini dijalankan dengan mendirikan pameran NUSA itu sendiri serta mengamati karya dari dua seniman tersebut. Kajian ini menemui terdapat penerapan interdisplin yang menggabungkan sejarah, budaya, dan seni visual untuk menginterpretasi semula naratif tradisional pada karya-karya dua seniman tersebut. Elemen-elemen historiografi, seperti peristiwa, tokoh, dan simbol, dapat diterjemahkan menjadi mesej visual yang relevan dengan konteks semasa. Selain itu, aspek keunikan identiti Nusantara, seperti adat, mitos, dan tradisi lisan, yang dijadikan inspirasi utama dalam penciptaan karya seni juga ditonjolkan dalam pengkaryaan seni kontemporari. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa terdapat potensi pada seni kontemporari sebagai medium komunikasi yang mampu menyampaikan sejarah dengan cara yang dinamik dan inklusif. Hasil dapatan dan dokumentasi dari kajian ini diharapkan dapat memperkayakan wacana terhadap seni kontemporari, historiografi, identiti serta menggalakkan pemahaman mendalam tentang warisan Nusantara dalam konteks global.

Item Type: Proceeding (Paper)
Uncontrolled Keywords: Historiografi Melayu, Nusantara, Seni Kontemporari, Roslisham Ismail @ ISE, Ahmad Fuad Osman.
Subjects: N Fine Arts > N Visual arts (General) For photography, see TR
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Institute of Creative Arts & Technology
Faculties, Institutes, Centres > Institute of Creative Arts & Technology
Depositing User: Mat
Date Deposited: 23 Jun 2025 07:28
Last Modified: 23 Jun 2025 07:28
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/48509

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item