Orientalisme dan Intertekstualiti dalam Novel Melayu Pertama di Dunia

MUHAMMAD QHIDIR, MAT ISA (2022) Orientalisme dan Intertekstualiti dalam Novel Melayu Pertama di Dunia. In: Hikayat Panglima Nikosa : Menelusuri Gagasan Dan Pemikiran Ahmad. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuching, Sarawak., pp. 327-357. ISBN 978-983-49-3531-3

[img] PDF
Orientalisme.pdf

Download (6MB)
Official URL: https://ir.unimas.my/id/eprint/40266/1/Hikayat%20P...

Abstract

Makalah ini berdiskusi tentang novel pertama Melayu di dunia iaitu Hikayat Panglima Nikosa Mendapat Kesusahan Waktu Perang Sampai Mendapat Kemenangan (1876) pada perspektif perbincangan Orientalisme dengan kerangka analisis Teori Intertekstualiti oleh Julia Kristeva sebagai justifikasi resolusi kajian. Orientalis cenderung mengemukakan tesis bahawa nilai dinamik, progresif dan reformis penulis-penulis tempatan pada era kolonialisasi merupakan hasil didikan dan bimbingan pentadbir kolonial. Maka, persoalan utama yang ingin ditelusur ialah, adakah novel HPN ini merupakan novel prokolonial ataupun sebenarnya sebuah satira peribumi (the others). Jawapan kepada persoalan besar tersebut diteliti pada tiga objektif makalah iaitu; memerihalkan karekter penulis Ahmad Sawal Abd. Hamid; menganalisis perkembangan intelektualisme suku Minangkabau; dan ketiga membincangkan kritikan-kritikan pengkaji barat seperti J.H. Walker, H.W. Racee dan P.L. Thomas (1983) tentang novel HPN. Kajian kualitatif ini menggunakan terapan teori Intertekstualisi Julia Kristeva ke atas manuskrip HPN dan autobiografi My Life in Sarawak oleh R.M. Broke. Tesis makalah ini berpandangan HPN berdasarkan pembuktian terapan teori Intertektualiti menunjukkan; karakter Ahmad Syawal merupakan manifestasi keunggulan intelektualisme dan sistem sosial masyarakat timur. Kedua, pemikiran progresif dan reformis pengarang tersandar kepada dualisme sistem pendidikan abad ke-19 di Minangkabau dan ketiga, hujah-hujah yang disandarkan oleh pengkaji barat terlihat konfliktif, kabur dan selektif. Aspek centricity, idiosinkratik kepengarangan serta langgam pengarang terkesan dalam kajian ini.

Item Type: Book Chapter
Uncontrolled Keywords: Orientalisme, kerangka analisis, melayu klasik, manuskrip.
Subjects: J Political Science > JV Colonies and colonization. Emigration and immigration. International migration
P Language and Literature > PN Literature (General) > PN0080 Criticism
P Language and Literature > PN Literature (General) > PN0441 Literary History
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Education, Language and Communication
Depositing User: Mat Isa
Date Deposited: 23 Jun 2025 01:50
Last Modified: 23 Jun 2025 01:50
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/48424

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item