Kiky Kirina, Abdillah and Junaenah, Sulehan (2015) Kemunduran sosioekonomi dan penyisihan sosial komuniti Bumiputera di Bandaraya Kuching : Kajian kes di Kampung Kudei Baru dan Kampung Sinar Budi Baru Batu Kawa. Geografia Malaysia Journal of Society and Space, 11 (13). pp. 131-141. ISSN 2180-2491
![]() |
PDF
19122-54242-1-SM.pdf Download (557kB) |
Abstract
Sejauhmanakah kemunduran sosioekonomi yang berlaku dipengaruhi oleh penyisihan sosial? Teori Involusi Urban dan Teori Budaya Kemiskinan menawarkan asas teritis bagi membincangkan perubahan dalam masyarakat akibat perbandaran dan hubungkaitnya dengan masalah kemunduran dalam masyarakat. Pendekatan Keupayaan pula merupakan instrumen analitikal bagi menganalisis realiti sosial yang menyebabkan berlaku kemunduran sosioekonomi dalam kalangan komuniti kajian. Kajian ini cuba menjawab persoalan sejauhmanakah kemunduran sosioekonomi yang berlaku dipengaruhi oleh penyisihan sosial dalam kalangan komuniti Bumiputera di Bandaraya Kuching. Seramai 75 orang ketua isi rumah daripada 251 buah rumah dari Kampung Kudei Baru dan Kampung Sinar Budi Baru Batu Kawa ditemuselidik dan mereka ini. Hasil kajian mendapati faktor dalaman, luaran dan penyertaan secara terpaksa sebagai sebab utama kemiskinan. Penyisihan sosial berlaku dalam bentuk masalah ketersampaian kepada sistem bantuan dan sokongan khusus bagi golongan berpendapatan rendah. Kesimpulannya, kajian mendapati masalah kemunduran sosioekonomi dalam kalangan komuniti Bumiputera di Bandaraya Kuching berpunca daripada pelbagai sebab dan aspek penyisihan sosial adalah salah satu daripadanya. Oleh yang demikian, penekanan terhadap aspek penyisihan sosial adalah perlu bagi meningkatkan keupayaan komuniti Bumiputera untuk terlibat secara penuh dalam proses pembangunan sekaligus mengurangkan risiko mereka tersisih daripada perubahan sosioekonomi di Bandaraya Kuching.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | kemunduran sosioekonomi, komuniti Bumiputera, penyisihan sosial, perbandaran, teori budaya kemiskinan, teori involusi urban. |
Subjects: | H Social Sciences > HM Sociology H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races |
Divisions: | Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Social Sciences & Humanities Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Social Sciences & Humanities |
Depositing User: | Abdillah |
Date Deposited: | 29 May 2025 06:21 |
Last Modified: | 29 May 2025 06:21 |
URI: | http://ir.unimas.my/id/eprint/48363 |
Actions (For repository members only: login required)
![]() |
View Item |