Nilai rasa dalam lagu-lagu Melayu Sarawak

Hamidah, Abdul Wahab and Ting, Su Hie and Siti Marina, Kamil and Rosnah, Mustafa and Remmy, Gedat and Santrol, Abdullah (2025) Nilai rasa dalam lagu-lagu Melayu Sarawak. In: 7th Kuala Lumpur International Conference on Education, Economics and Technology 2025 (KLICEET2025), 8 Mac 2025, Kuala Lumpur (Online).

[img] PDF
Kertas Prosiding_Lagu Melayu Srwk_KLICEET2025.pdf

Download (2MB)
Official URL: https://asianscholarsnetwork.com/

Abstract

Lagu merupakan antara medium utama dalam pelahiran ekspresi serta luahan rasa hati, emosi dan perasaan penggubah dan penulis lirik, yang asasnya berkait dengan pengalaman, pemerhatian, persepsi dan cara pandang mereka berdasarkan alamnya. Dalam nada kreatif, melodi dan lirik yang tersusun indah mampu memberi kesan mendalam dalam kalangan pendengar, bergantung kepada genre dan kumpulan sasaran pendengar lagu tersebut. Masyarakat Melayu Sarawak tidak terkecuali dalam memiliki lagu-lagu gubahan pencipta tempatan, yang sarat dengan nilai rasa dan estetiknya. Menerusi kajian ini, lagu-lagu Melayu Sarawak dianalisis dari sudut nilai rasa berdasarkan lirik lagu, yakni melibatkan diksi dan ungkapan. Kajian kualitatif ini memanfaatkan 15 buah lagu Melayu Sarawak, iaitu lagu lama dan baharu yang diperoleh menerusi Youtube. Menerusi kaedah analisis teks, data lagu-lagu Melayu Sarawak ini seterusnya dianalisis berdasarkan teori rasa-fenomenologi yang diketengahkan oleh Sohaimi Abdul Aziz (1998). Hasil kajian menemukan tujuh nilai rasa dalam data lagu seperti curahan rasa berahi dan cinta, duka, benci, kagum, berang, dahsyat, dan wira. Dapatan ini secara langsung dapat menjelaskan sedikit sebanyak elemen nilai rasa yang mendasari lagu-lagu masyarakat Melayu Sarawak, khususnya menerusi penggunaan dialek tempatan. Kajian ini juga berupaya mendokumentasikan aspek bahasa dan makna masyarakat Melayu Sarawak dengan sistematik menerusi penerapan teori dan pada masa sama dapat mendedahkan kesusasteraan oral masyarakat yang kaya dengan nilai estetik dan budayanya tersendiri.

Item Type: Proceeding (Paper)
Uncontrolled Keywords: nilai rasa, rasa-fenomenologi, emosi, lagu Melayu, Sarawak.
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Education, Language and Communication
Depositing User: Abdul Wahab
Date Deposited: 28 May 2025 02:07
Last Modified: 28 May 2025 02:07
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/48346

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item