Strategi Pemasaran Hasil Produk Kraftangan Usahawan dalam Masyarakat Iban di Kapit, Sarawak

Ngalih Tingi, - (2025) Strategi Pemasaran Hasil Produk Kraftangan Usahawan dalam Masyarakat Iban di Kapit, Sarawak. PhD thesis, Universiti Malaysia Sarawak.

[img] PDF
PhD thesis_NGALIH TINGI.pdf

Download (10MB)
[img] PDF
dsva_Ngalih Tinggi.PhD..pdf
Restricted to Repository staff only

Download (190kB) | Request a copy

Abstract

Penyelidikan ini meneroka strategi pemasaran usahawan kraf tangan Iban di kawasan luar bandar bahagian Kapit, Sarawak, khususnya di daerah Kapit dan Song. Usahawan-usahawan ini aktif dalam penghasilan dan perniagaan kraf tangan tradisional dan menghadapi cabaran seperti kebergantungan kepada strategi pemasaran tradisional, akses terhad kepada teknologi digital, kekurangan sokongan dalam latihan dan infrastruktur, serta kesukaran menembusi pasaran yang lebih luas. Mereka juga berdepan isu seperti modal yang terhad, pendekatan perniagaan digital, dan persaingan daripada produk komersial yang lebih murah, menjejaskan daya saing mereka dalam industri. Oleh itu, penyelidikan ini menggunakan pendekatan kualitatif berdasarkan Model Campuran Pemasaran 7P untuk mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam mengenai pendekatan pemasaran yang digunakan oleh usahawan kraf tangan Iban. Data dikumpulkan melalui temu bual terbuka secara bersemuka dan melalui telefon dengan 12 informan. Penemuan penyelidikan ini menunjukkan bahawa strategi pemasaran mereka kekal dalam pendekatan tradisional dan mereka belum memanfaatkan strategi pembangunan perniagaan moden. Penyelidikan ini menawarkan cadangan komprehensif untuk memperkasakan usahawan kraf tangan Iban dalam mengatasi cabaran pemasaran dan bersaing dalam era digital semasa. Sokongan daripada kerajaan, NGO, dan individu amat penting untuk memajukan dan mengekalkan industri kraf tangan, terutamanya di kawasan luar bandar seperti Kapit dan Song. Penubuhan Pusat Pengurusan Kraf Tangan di bahagian Kapit merupakan inisiatif ke hadapan disesuaikan dengan norma sosio-budaya Kapit untuk dan merancakkan ekonomi tempatan dan perlancongan. Kata kunci: Usahawan, kraftangan, Iban, pembangunan luar bandar, strategi pemasaran

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: N Fine Arts > NK Decorative arts Applied arts Decoration and ornament
N Fine Arts > NX Arts in general
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Applied and Creative Arts
Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Applied and Creative Arts
Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Applied and Creative Arts
Depositing User: John
Date Deposited: 30 Apr 2025 01:59
Last Modified: 30 Apr 2025 01:59
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/48103

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item