MENEROKA SENI VISUAL GEREJA ROMAN KATOLIK DI SABAH MALAYSIA

Colette, Barnerd Butit (2025) MENEROKA SENI VISUAL GEREJA ROMAN KATOLIK DI SABAH MALAYSIA. Masters thesis, UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK.

[img] PDF
dsva_COLETTE BINTI BARNERD BUTIT.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (491kB) | Request a copy
[img] PDF
Thesis Master_Colette Binti Barnerd Butit.pdf
Restricted to Registered users only until 28 April 2026.
Available under License Creative Commons Attribution No Derivatives.

Download (11MB) | Request a copy

Abstract

Seni visual memiliki keunikan tersendiri yang merentasi masa dan terus menarik minat ramai, seperti yang dinyatakan oleh Othman (2017). Karya seni visual sering kali memerlukan penghayatan yang mendalam daripada audiens bagi memahami emosi serta makna tersurat dan tersirat yang ingin disampaikan oleh pengkarya. Walaupun tidak semua karya seni dikenali secara meluas, karya seni dalam rumah ibadat, misalnya, cenderung lebih eksklusif kepada penganutnya. Pelbagai kajian terdahulu, seperti oleh Sasongko (2012), Giebelhausen (2006), Fairus & Halim (2016), Othman (2017), dan Khayril Anwar (2016), menekankan kepentingan seni kepada agama, menegaskan bahawa seni dan agama adalah aspek yang sukar dipisahkan. Kajian ini bertujuan meneroka hubungan seni dan agama Kristian di Sabah, Malaysia, dengan berfokus kepada aliran Roman Katolik. Pendekatan kualitatif digunakan melalui pemerhatian, kajian pustaka, dan temu bual tidak berstruktur di tiga tapak gereja Roman Katolik awal di Sabah, iaitu Gereja St. Mary di Sandakan, Gereja St. Michael di Penampang, dan Gereja Sacred Heart di Kota Kinabalu. Penyelidikan ini mendokumentasikan dua karya seni visual atas kaca dan enam karya pada dinding gereja, yang menggunakan Kitab Injil sebagai rujukan utama dengan penonjolan watak yang berulang dalam bentuk visual yang berbeza. Kajian ini juga mendapati adanya adaptasi simbol dan tanda dalam subjek karya, mencerminkan pengaruh seni Zaman Medieval serta simbolisme yang jelas, seperti yang dibincangkan oleh Russell (1989). Simbolisme dalam karya seni ini membawa makna mendalam, terutamanya yang berpaksi pada agama. Kajian ini menggunakan Teori Panofsky dalam menganalisis karya catan gereja melalui tiga peringkat: pre-ikonografi, ikonografi pertengahan, dan ikonografi akhir, dengan penggunaan imej seperti Halo, figura bersayap, warna, merpati, domba, hati, dan gerak tangan untuk menyampaikan makna.

Item Type: Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords: SENI VISUAL
Subjects: N Fine Arts > ND Painting
N Fine Arts > NK Decorative arts Applied arts Decoration and ornament
N Fine Arts > NX Arts in general
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Applied and Creative Arts
Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Applied and Creative Arts
Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Applied and Creative Arts
Depositing User: COLETTE BINTI BARNERD BUTIT
Date Deposited: 30 Apr 2025 02:30
Last Modified: 30 Apr 2025 02:30
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/48062

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item