Penggunaan dan Sikap Terhadap Bahasa Ibunda : Satu Penelitian Terhadap Dialek Melayu Sarawak

Dayang Theria Ateinza, Awang Mazlan and Rosnah, Mustafa (2024) Penggunaan dan Sikap Terhadap Bahasa Ibunda : Satu Penelitian Terhadap Dialek Melayu Sarawak. Trends in Undergraduate Research, 7 (2). f1-11. ISSN 2637-093X

[img] PDF
Penggunaan dan Sikap.pdf

Download (344kB)
Official URL: https://publisher.unimas.my/ojs/index.php/TUR/arti...

Abstract

Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan yang juga bahasa rasmi negara Malaysia. Namun begitu, sepertimana bahasa utama lain di dunia, bahasa Melayu itu juga mempunyai dialek-dialek Melayu tersendiri Apakah interaksi yang biasanya dilakukan dalam bahasa Melayu standard dan apakah interaksi yang biasanya dilakukan dalam dialek Melayu? Kajian ini memfokus kepada dialek Melayu Sarawak (DMS) dan bertujuan mengkaji penggunaan dan sikap terhadap DMS dalam kalangan penutur natif di sebuah institusi pengajian tinggi awam negara dengan memfokus kepada tiga domain, iaitu domain keluarga, domain pendidikan dan domain persahabatan. Data dikutip menggunakan soal selidik dan seramai 80 orang pelajar sebuah institusi pengajian tinggi terlibat dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan walaupun terdapat bahasa lain digunakan, namun kekerapan pemilihan penggunaan DMS adalah sangat tinggi dalam dua domain informal, iaitu domain keluarga dan domain persahabatan Dalam domain pendidikan pula, bahasa Melayu standard dan bahasa Inggeris menunjukkan kekerapan penggunaan yang lebih tinggi. Walaupun tahap penggunaan adalah berbeza antara ketiga-tiga domain ini, namun dari segi sikap terhadap DMS, majoriti responden kajian juga menzahirkan sikap yang sangat positif terhadap DMS kerana ia disifatkan sebagai cerminan identiti dan jati diri anak Sarawak

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: sikap, sikap bahasa, dialek, Dialek Melayu Sarawak, domain bahasa.
Subjects: P Language and Literature > PI Oriental languages and literatures
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Language Studies & Communication Studies
Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Language Studies & Communication Studies
Depositing User: Mustafa
Date Deposited: 27 Mar 2025 05:53
Last Modified: 27 Mar 2025 05:53
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/47853

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item