Wanita dan Kolektif Memori : Pendokumentasian dalam Pembuatan Penganan Iban di Sarawak = Women and Collective Memory : Documentation in the making of Penganan Iban in Sarawak

Gregory Kiyai, Keai and Noria, Tugang and Khairun Nisa, Mustaffa Halabi and Noor Hafiza, Ismail (2023) Wanita dan Kolektif Memori : Pendokumentasian dalam Pembuatan Penganan Iban di Sarawak = Women and Collective Memory : Documentation in the making of Penganan Iban in Sarawak. Sains Insani, 8 (1). pp. 25-40. ISSN 0127-7871

[img] PDF
526-ArticleText-2975-1-10-20230509.pdf

Download (2MB)
Official URL: https://sainsinsani.usim.edu.my/index.php/sainsins...

Abstract

Penganan merupakan kuih tradisional yang sangat popular di Kepulauan Nusantara dan dikenali dengan pelbagai nama tempatan seperti kuih Penjaram, kuih Gula Jawa, dan kuih UFO kerana bentuknya yang bulat. Selain mempunyai bentuk yang menarik, kuih ini sangat mempunyai tarikan yang tersendiri kerana rasanya yang manis, rangup dan penuh dengan aroma tradisi Nusantara yang menyebabkan Penganan harus dilestarikan sebagai gastronomi tradisi. Wanita atau indu Iban memainkan peranan yang penting dalam memobilisasikan kebudayaan ketara dan tidak ketara di rumah panjang. Mereka ini diibaratkan sebagai ‘bank memori’ yang menyimpan dan menjadi legasi dalam pengetahuan tradisional terutamanya kearifan tempatan. Sejak dahulu lagi, wanita dan masakan cukup sinonim dalam peranan gender, namun perubahan globalisasi dan agama banyak mempengaruhi peranan wanita dalam pembuatan kuih Penganan. Kajian ini memfokuskan tentang peranan wanita Iban dalam kearifan tempatan pembuatan gastronomi tradisi iaitu kuih Penganan di rumah panjang berdasarkan kepada kajian kolektif memori. Penyelidikan yang menggunakan rekabentuk etnografi ini menggunakan pendekatan kualitatif iaitu melakukan kerja lapangan, dokumentasi, dan temubual informan melalui kolektif memori bagi mendapatkan data. Hasil kajian mendapati bahawa kuih Penganan Iban mempunyai nilai budaya yang menarik dari segi kearifan tempatan, konsep transisi penurun ilmu pembuatannya dan manifestasinya dalam budaya Iban. Walaupun berlakunya perubahan dalam pembuatan kuih Penganan, namun gastronomi tradisi tersebut masih lagi dinikmati di rumah panjang Iban di Sarawak. Oleh itu, usaha yang kolektif harus dibangunkan untuk melestarikan dan memulihara kuih Penganan dalam budaya Iban.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Culture, traditional gastronomy, Iban local wisdom, Penganan, culinary arts.
Subjects: N Fine Arts > NX Arts in general
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Applied and Creative Arts
Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Applied and Creative Arts
Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Applied and Creative Arts
Depositing User: Gani
Date Deposited: 06 Mar 2025 07:20
Last Modified: 06 Mar 2025 07:20
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/47709

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item