Nur Syarizah Adros, Ahed (2019) Diskriminasi Terhadap Orang Kurang Upaya (Oku) : Kesan Terhadap Oku Dan Keluarga Dan Cara Mengatasi. [Final Year Project Report] (Unpublished)
![]() |
PDF (Please get the password by email to repository@unimas.my , or call ext: 3914 / 3942 / 3933)
Nur Syarizah Adros Binti Ahed FT.pdf Restricted to Registered users only Download (11MB) |
Abstract
Orang kurang upaya, orang cacat atau orang Istimewa merupakan istilah-istilah yang digunakan untuk menggambarkan orang-orang yang mempunyai kekurangan dalam diri mereka sama ada dari segi fizikal mahupun mental.Jabatan Kesihatan Malaysia (JKM) (2015), mengklasifikasikan orang kurang upaya kepada 7 kategori iaitu masalah pembelajaran, pendengaran, fizikal , penglihatan, mental, pertuturan dan pelbagai. Jumlah orang kurang upaya di Malaysia bukanlah satu jumlah yang sedikit. Maka, isu yang berkaitan dengan orang kurang upaya seharusnya diberikan perhatian. Stigma masyarakat terhadap orang kurang upaya telah menyebabkan berlakunya diskriminasi terhadap golongan minoriti itu. Diskriminasi yang berlaku memberi kesan terhadap kehidupan orang kurang upaya dan ke1uarga sama ada kesan yang positif atau kesan yang negatif. Kajian ini mempunyai tiga objektif di mana objektif yang pertama adalah untuk mengetahui perspektif orang kurang upaya dan keluarga mengenai diskriminasi orang kurang upaya, objektif kedua untuk mengenalpasti kesan diskriminasi terhadap orang kurang upaya kepada orang kurang upaya itu sendiri dan keluarga dan objektif yang ketiga adalah untuk mengetahui bagaimana orang kurang upaya dan keluarga mengatasi atau menangani diskriminasi terhadap orang kurang upaya. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu menemu bual responden. Hasil kajian mendapati bahawa orang kurang upaya dan keluarga menganggap diskriminasi ini sebagai satu norma dalam kehidupan orang kurang upaya. Diskriminasi juga dilihat memberi kesan yang positif dan negatif terhadap orang kurang upaya. Kesan diskriminasi terhadap keluarga tidak begitu ketara sebagaimana kesan diskriminasi terhadap orang kurang upaya kerana pengkaji mendapati bahawa kesan terhadap ibu bapa dan keluarga berdasarkan budaya penjagaan dan jenis kecacatan responden di mana dalam kajian ini, mereka tidak memerlukan penjagaan yang rapi oleh ibu bapa. Walau bagaimanapun. peranan ibu bapa dilihat dalam cara mereka mengatasi dan menangani diskriminasi ini.
Item Type: | Final Year Project Report |
---|---|
Additional Information: | Project report (B.Sc.) -- Universiti Malaysia Sarawak, 2019. |
Uncontrolled Keywords: | Orang kurang upaya, Stigma masyarakat , diskriminasi |
Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) H Social Sciences > HM Sociology |
Divisions: | Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Social Sciences & Humanities Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Social Sciences & Humanities |
Depositing User: | Patrick |
Date Deposited: | 17 Feb 2025 07:14 |
Last Modified: | 17 Feb 2025 07:14 |
URI: | http://ir.unimas.my/id/eprint/47603 |
Actions (For repository members only: login required)
![]() |
View Item |