SYLVIA TESALONICA, BERANDAH and N. K., Tharshini (2024) Meneroka Persepsi Golongan Pendidik Terhadap Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran = (Exploring the Perceptions of Educators on the Usage of Information and Communication Technology in the Teaching and Learning Process). Jurnal Pendidikan Malaysia, 49 (2). pp. 33-41. ISSN 2180-0782
![]() |
PDF
Full Article - Copy.pdf Download (144kB) |
Abstract
Kajian ini dijalankan bagi meneroka persepsi golongan pendidik dan cabaran yang dihadapi oleh mereka dalam menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah temubual mendalam telah digunakan bagi mengumpul data kajian bersama dengan 10 orang responden. Data kajian telah dianalisis secara tematik. Keputusan kajian menunjukkan bahawa penggunaan TMK menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran lebih menarik, pelajar bersifat lebih proaktif di dalam bilik darjah, dan mereka berpeluang untuk mengakses maklumat tambahan yang lebih luas. Dari segi cabaran penggunaan TMK pula, hasil kajian mendapati bahawa rangkaian internet yang lemah di sekolah menyukarkan penggunaan TMK manakala segelintir daripada responden mempunyai kemahiran digital yang terhad. Terdapat juga responden yang merasakan bahawa TMK tidak sesuai untuk digunakan untuk mengajar semua mata pelajaran. Hasil kajian ini diharap dapat memberi implikasi kepada pihak berkepentingan agar menaiktaraf penggunaan TMK dalam sistem pendidikan di negeri Sarawak agar proses pembelajaran dan penyampaian maklumat kepada pelajar menjadi lebih efektif pada masa hadapan.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Persepsi, Pendidik, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Pengajaran dan Pembelajaran. |
Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) |
Divisions: | Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Social Sciences & Humanities Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Social Sciences & Humanities |
Depositing User: | Gani |
Date Deposited: | 05 Feb 2025 02:32 |
Last Modified: | 05 Feb 2025 02:32 |
URI: | http://ir.unimas.my/id/eprint/47500 |
Actions (For repository members only: login required)
![]() |
View Item |