Azizul, Ahmad (2025) Pemodelan Ruang dan Masa Kes Jenayah Harta Benda dan Kekerasan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya. PhD thesis, FACULTY OF SOCIAL SCIENCES & HUMANITIES, UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK.
PDF
DSVA Azizul Ahmad.pdf Restricted to Repository staff only Download (239kB) | Request a copy |
|
PDF (Please get the password by email to repository@unimas.my , or call ext: 3914 / 3942 / 3933)
Azizul Ahmad FT.pdf Restricted to Registered users only Download (8MB) | Request a copy |
Abstract
Penyelidikan ini menganalisis data jenayah harta benda dan jenayah kekerasan sepanjang tempoh enam tahun, dari tahun 2015 hingga tahun 2020. Ia meliputi bidang kuasa Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPPKKL) yang meliputi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) dan Wilayah Persekutuan Putrajaya (WPP). Kajian ini menggunakan teknologi Sistem Maklumat Geografi (GIS) untuk mengenal pasti jenayah melalui rekod yang terperinci mencakupi kanun keseksaan, lokasi dan masa kejadian. Ia mendedahkan taburan ruang dan masa kejadian jenayah, mengenal pasti hotspots serta memodelkan hubungan antara jenayah dengan faktor guna tanah dan demografi. Permasalahan kajian ini terbahagi kepada tiga iaitu (i). Dinamika kes jenayah harta benda dan kekerasan; (ii). Kes jenayah harta benda dan kekerasan dalam konteks ruang-masa; dan (iii). Hubungan antara faktor demografi dan guna tanah dengan kes jenayah harta benda dan kekerasan. Objektif Kajian pula terbahagi kepada tiga iaitu (i). Mengenal pasti arah aliran dan taburan ruangan kes jenayah harta benda dan kekerasan di kawasan kajian. (ii). Menganalisis variasi corak pengelompokan kes jenayah harta benda dan kekerasan dari segi ruang dan ruang-masa di kawasan kajian berdasarkan guna tanah terlibat. dan (iii). Memodelkan hubungan faktor demografi dan guna tanah dengan kes jenayah harta benda dan kekerasan di kawasan kajian. Kaedah analisis yang digunakan di dalam kajian ini ialah Analisis Deskriptif, Spatial Autocorrelation (Global Moran's I Index), Emerging Hot Spot Analysis (EHSA), Mean Center (MC), Standard Deviational Ellipse (SDE) dan Linear Regression (LR). Analisis mendedahkan Spatial Autocorrelation yang ketara dalam kejadian jenayah harta benda, terutamanya pada tahun 2016, yang menunjukkan corak pengelompokan. Sebaliknya, jenayah kekerasan menunjukkan taburan yang lebih kompleks dengan pengelompokan yang ketara hanya diperhatikan pada tahun 2018. Analisis EHSA dengan jenayah harta benda dan kekerasan menunjukkan guna tanah pengangkutan dan jalan dan perumahan dan kediaman menunjukkan nilai yang paling signifikan. Regresi linear menunjukkan faktor guna tanah pengangkutan dan jalan dan kediaman dan perumahan mempunyai korelasi yang kuat untuk jenayah harta benda manakala jenayah kekerasan mempunyai korelasi yang kuat dengan guna tanah industri dan badan air. Faktor demografi pula menunjukkan populasi lelaki dan populasi perempuan mempunyai korelasi yang kuat dengan jenayah harta benda dan kekerasan. Penemuan ini menekankan sifat dinamik corak jenayah, dipengaruhi oleh pembangunan bandar, jumlah penduduk dan jurang sosioekonomi. Implikasi kajian terbahagi kepada lima iaitu (i). peningkatan keberkesanan strategi kawasan panas (hotspots policing), (ii). perancangan guna tanah yang lebih strategik, (iii). pengurusan demografi dalam kawasan berisiko, (iv). kesan sosioekonomi dan kesejahteraan komuniti dan (v). pemantauan dan penilaian berasaskan data untuk dasar pencegahan jenayah. Kesimpulanya, kajian ini mendapati bahawa jenayah harta benda dan kekerasan di Kuala Lumpur dan Putrajaya menunjukkan pola taburan ruang-masa yang berbeza, dipengaruhi oleh faktor guna tanah dan demografi. Penggunaan GIS menunjukkan hubungan kuat antara jenayah harta benda dengan guna tanah pengangkutan dan kediaman, manakala jenayah kekerasan lebih berkait dengan guna tanah industri dan badan air. Hasil ini menekankan pentingnya strategi pencegahan jenayah yang berasaskan data serta perancangan guna tanah dan pengurusan populasi yang lebih strategik di kawasan berisiko tinggi.
Item Type: | Thesis (PhD) |
---|---|
Additional Information: | PENGHARGAAN KHAS Tesis ini dibiayai di bawah Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) FRGS/1/2020/SS0/UNIMAS/01/1 yang bertajuk “Spatio-Temporal Modelling for Drug Abuse and Property Crimes In Kuala Lumpur From 2015 Until 2020”. |
Uncontrolled Keywords: | Emerging hot spot analysis (EHSA), jenayah harta benda, jenayah kekerasan, linear regression (LR), mean center (MC), spatial autocorrelation (global moran's i index), standard deviational ellipse (SDE), sistem maklumat geografi (GIS) |
Subjects: | A General Works G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General) G Geography. Anthropology. Recreation > GA Mathematical geography. Cartography H Social Sciences > H Social Sciences (General) H Social Sciences > HA Statistics H Social Sciences > HM Sociology H Social Sciences > HS Societies secret benevolent etc H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races |
Divisions: | Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Social Sciences & Humanities Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Social Sciences & Humanities |
Depositing User: | AZIZUL BIN AHMAD |
Date Deposited: | 03 Feb 2025 04:54 |
Last Modified: | 03 Feb 2025 04:54 |
URI: | http://ir.unimas.my/id/eprint/47411 |
Actions (For repository members only: login required)
View Item |