Syufiza, Iskandar and Jamilah, Maliki and Dayang Aizza Maisha, Abang Ahmad (2022) KESEJAHTERAAN KOMUNIKASI SEBAGAI PERAMAL PERPADUAN KOMUNITI DI SARAWAK. In: e-Proceedings of 4th International Conference on Media and Society (iC-MASS 2022) Communicating Cultural Heritage : Inclusivity in Changing Landscape. Faculty of Educatipn, Language and Communication, UNIMAS, Kota Samarahan, Sarawak, pp. 121-135. ISBN 978-967-0054-52-0
PDF
KESEJAHTERAAN KOMUNIKASI SEBAGAI PERAMAL (1).pdf Download (1MB) |
Abstract
Kesejahteraan komunikasi merupakan keselesaan dalam berbicara untuk menyampaikan sesuatu melalui seseorang atau medium yang lain dalam percakapan. Kehidupan bermasyarakat sememangnya memerlukan kesejahteraan komunikasi yang sesuai untuk di adaptasi dalam masyarakat tersebut supaya hidup secara aman dan selamat. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk melihat hubungan komunikasi di kawasan kediaman penduduk flat yang menyumbang kepada kesejahteraan komuniti. Kajian dijalankan secara tinjauan terhadap 100 responden yang merupakan penduduk dalam kalangan B40 untuk mengkaji kesejahteraan penduduk di Komuniti Perumahan Tanjung Kidurong, Bintulu. Hasil kajian mendapati jarak kediaman mempunyai hubungan yang signifikan dengan kekerapan berinteraksi dalam komuniti kejiranan (nilai-P <0.001). 90% responden menyatakan mereka lebih kerap bertegur sapa dengan jiran sebelah rumah di aras yang sama berbanding blok yang berbeza atau yang tinggal di tingkat bawah flat kediaman. Keakraban di antara kejiranan mempengaruhi corak interaksi dalam komuniti kediaman mereka. Dengan kata lain, kekerapan interaksi lebih mengeratkan lagi hubungan ahli dalam komuniti. Kesimpulannya, penduduk di kawasan padat seperti flat mampu mewujudkan suasana interaksi yang baik dalam bertegur sapa dan berkenalan dengan lebih akrab antara satu sama lain di dalam komuniti flat itu sendiri.
Item Type: | Book Chapter |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | kesejahteraan komunikasi; perpaduan komuniti; interaksi; penduduk flat; hubungan kejiranan. |
Subjects: | H Social Sciences > HE Transportation and Communications H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races |
Divisions: | Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Education, Language and Communication |
Depositing User: | Gani |
Date Deposited: | 09 Jan 2025 02:28 |
Last Modified: | 09 Jan 2025 02:28 |
URI: | http://ir.unimas.my/id/eprint/47316 |
Actions (For repository members only: login required)
View Item |