Penggunaan Bahasa Kantonis di Malaysia

Ting, Su Hie and Ethan, Ho and Siti Marina, Kamil (2024) Penggunaan Bahasa Kantonis di Malaysia. In: Bahasa rumpun bangsa. UNIMAS Publisher, Kota Samarahan, pp. 103-125. ISBN 978-967-0054-53-7

[img] PDF
Penggunaan Bahasa Kantonis.pdf

Download (15MB)
Official URL: https://onlineshop.unimas.my/index.php?route=produ...

Abstract

Kajian terhadap komuniti Kantonis di Perak telah mendapati bahasa Mandarin menjadi pilihan utama dalam kebanyakan domain berbanding Kantonis. Keadaan ini menunjukkan pengaruh bahasa Cina standard yang semakin meluas dalam kalangan komuniti Kantonis. Mandarin lebih digunakan dalam domain persahabatan, pekerjaan, agama, kerajaan, dan media baharu. Bahasa Melayu pula banyak digunakan dalam jabatan kerajaan, manakala bahasa Inggeris dalam media baharu. Kantonis didapati lebih unggul daripada Mandarin hanya dalam domain keluarga dan perdagangan. Keluarga merupakan benteng untuk pengekalan dialek Cina, dan untuk Kantonis mengekalkan benteng ini, perlunya ada pewarisan bahasa yang baik daripada satu generasi kepada generasi seterusnya. Selagi Kantonis masih kekal sebagai bahasa perdagangan dalam arena jual beli bagi sebahagian kaum Kantonis, ia akan kelihatan seperti lingua franca bagi mereka yang berkenaan. Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa di luar lingkungan ini, bahasa Mandarin, Inggeris dan Melayu digunakan untuk aktiviti transaksi barangan dan perkhidmatan.

Item Type: Book Chapter
Uncontrolled Keywords: kaum kantonis, penutur bahasa cina, Wilayah Guangdong, selatan China.
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Education, Language and Communication
Depositing User: Hie
Date Deposited: 02 Jan 2025 06:08
Last Modified: 02 Jan 2025 06:08
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/47218

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item