Dilah, Tuah and Malia, Taibi (2024) Cabaran dalam Perolehan Manuskrip. In: Kelestarian Penerbit Universiti: Cabaran Masa Kini. Penerbit Universiti Sains Islam Malaysia, Penerbit Universiti Malaya & Penerbit Universiti Islam Antarabangsa Malaysia,, Kuala Lumpur, pp. 55-60. ISBN 978-967-488-361-4
PDF
Bab dlm Buku Malia dan Dilah.pdf Download (777kB) |
Abstract
Penerbitan buku ini merupakan usaha bersama tiga universiti iaitu Penerbit Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Penerbit Universiti Malaya (UM) dan Penerbit Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Kerjasama penerbitan ini adalah untuk melihat ruang, cabaran, masalah dan perkongsian pengalaman para pentadbir yang berada dalam kelompok pentadbiran penerbitan di penerbit universiti dalam tugas yang rencam. Para editor, pereka letak, pembaca pruf, pentadbir, dan pengarah atau ketua penerbit antara mereka yang terlibat dalam usaha ruang lingkup untuk menerbitkan buku di penerbit masing-masing. Kelestarian penerbit merupakan gemblengan yang berada dalam kitaran mereka ini. Sesebuah buku tidak akan berjaya diterbitkan sekiranya tidak ada kelompok yang menangani manuskrip mentah sehingga menjadi sebuah buku yang cantik untuk dipegang dan diperdagangkan mengikut tema yang dipilih. Kebanyakan penerbit universiti terutamanya universiti awam bernaung di bawah Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM) yang ditubuhkan pada 1997. MAPIM menjadi penyatu kepada para penerbit ini bagi mendapatkan kewangan, menjalankan pelbagai aktiviti perbukuan seperti pesta buku, bekerjasama dalam menerokai pasaran antarabangsa dan juga berkongsi ilmu dalam arena perbukuan. MAPIM menjadi nadi penggerak kepada para penerbit kecil dan besar bergabung untuk sama-sama mencitrakan dan meletakkan penerbitan ilmiah di tempat yang sewajarnya. Pihak editor mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penulis yang telah memberikan komitmen untuk sama-sama berkongsi ruang dan pengalaman dalam bidang penerbitan bagi direncahi bersama oleh para pembaca. Terima kasih juga kepada pengurusan tiga universiti yang bekerjasama untuk menerbitkan buku ini. Tidak lupa urus setia yang berada di belakang tabir, Cik Noor Adibah dan Puan Ainnatun Nadrah (Penerbit USIM) yang menggerakkan projek ini sedari awal lagi. Kami mengharapkan ia memberi manfaat kepada semua penerbit universiti di Malaysia bagi meneruskan kelestarian penerbitan di universiti dengan cara yang dipandukan oleh dasar serta peraturan universiti masing-masing. The first draft is black and white, editing gives the story color. -Emma Hill-
Item Type: | Book Chapter |
---|---|
Subjects: | P Language and Literature > PN Literature (General) |
Divisions: | Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Education, Language and Communication |
Depositing User: | Tuah |
Date Deposited: | 31 Dec 2024 04:09 |
Last Modified: | 31 Dec 2024 04:09 |
URI: | http://ir.unimas.my/id/eprint/47140 |
Actions (For repository members only: login required)
View Item |