MAHASISWA, SLANGA, PEMBENTANGAN KUMPULAN BERBAHASA MELAYU DAN PRAGMATIK (TEORI RELEVANS) : University Students, Slang, Malay Language Group Presentations, and Pragmatics (Relevance Theory)

Muhammad Zaid, Daud and Mohamad Fahkri Aiman, Yasir and Aqil Danial, Emran and Amir Haziq, Nordin and Muhammad Zahirul Ikhwan, Abdul Halim and Noor Hanisha, Jasni and Erwan, Ismail and Shahrulanuar, Mohamed and Nur Farain, Ali and Al Amin, Mohamed Sultan and Mary Fatimah, Subet (2024) MAHASISWA, SLANGA, PEMBENTANGAN KUMPULAN BERBAHASA MELAYU DAN PRAGMATIK (TEORI RELEVANS) : University Students, Slang, Malay Language Group Presentations, and Pragmatics (Relevance Theory). Jurnal Peradaban Melayu, 19 (2). pp. 1-14. ISSN 1675-4271

[img] PDF
1 (1)-1.pdf

Download (127kB)
Official URL: https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPM/article...

Abstract

Umur mahasiswa universiti teknikal di Malaysia rata-ratanya bermula dari 19 sehingga 24 tahun. Mahasiswa ini terdiri daripada pelajar yang mendaftar di peringkat pengajian diploma dan ijazah sarjana muda. Maka, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti pandangan mahasiswa universiti teknikal mengenai penggunaan slanga dalam pembentangan kumpulan berbahasa Melayu, menganalisis impak penggunaan slanga dalam pembentangan tersebut serta merumuskan cadangan dan langkah bagi mahasiswa universiti teknikal dalam menggunakan slanga dalam pembentangan tugasan kumpulan berbahasa Melayu. Perbincangan kajian ini turut mengaplikasikan pendekatan pragmatik, iaitu Teori Relevans (Sperber & Wilson, 1986). Dari sudut metodologi, kajian ini berbentuk kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan silang dan borang soal selidik yang menggunakan skala Likert dari 1 hingga 5 dan pilihan jawapan “ya” atau “tidak”. Populasi dan sampel terdiri daripada mahasiswa Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), dengan pilihan responden dipilih secara rawak, melibatkan jumlah keseluruhan 510 mahasiswa. Data dikumpul secara dalam talian melalui platform “Google Forms” dan dianalisis menggunakan statistik deskriptif. Hasil kajian mendapati, majoriti responden bersetuju bahawa slanga sering digunakan oleh mahasiswa Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dalam pembentangan berbahasa Melayu. Mereka percaya penggunaan slanga boleh mempengaruhi pemahaman audiens serta memberi impak positif kepada gaya dan keberkesanan pembentangan. Responden juga menekankan bahawa, pensyarah perlu memberi perhatian serius terhadap penggunaan slanga dalam pembentangan kumpulan dalam bahasa Melayu. Kesimpulannya, menurut Teori Relevans (Sperber & Wilson, 1986), penggunaan slanga memudahkan komunikasi dengan mengurangkan usaha pemprosesan pendengar. Namun begitu, dalam konteks akademik, penggunaan bahasa formal tanpa slanga lebih relevan kerana mengurangkan risiko salah faham dan memastikan kejelasan maklumat.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: mahasiswa, universiti teknikal, pembentangan kumpulan, bahasa melayu, pragmatik
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics
P Language and Literature > PN Literature (General)
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Education, Language and Communication
Depositing User: Sanawi
Date Deposited: 27 Dec 2024 06:46
Last Modified: 27 Dec 2024 06:46
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/47070

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item