IMEJ ANGGOTA BADAN DALAM PERIBAHASA MELAYU SARAWAK: SATU ANALISIS SEMANTIK INKUISITIF (IMAGERY OF BODY PARTS IN SARAWAKIAN MALAY PROVERBS: AN INQUISITIVE SEMANTIQUE ANALYSIS)

Mohamad Shazani, Dewek and Roslan, Ali (2024) IMEJ ANGGOTA BADAN DALAM PERIBAHASA MELAYU SARAWAK: SATU ANALISIS SEMANTIK INKUISITIF (IMAGERY OF BODY PARTS IN SARAWAKIAN MALAY PROVERBS: AN INQUISITIVE SEMANTIQUE ANALYSIS). JURNAL PENGAJIAN MELAYU, 35 (2). pp. 118-137. ISSN 2735-1904

[img] PDF
Dewek & Ali (2024).pdf

Download (486kB)
Official URL: https://ejournal.um.edu.my/index.php/JPM/article/v...

Abstract

Semantik inkuisitif merupakan satu bidang kajian yang mampu menganalisis dan menghuraikan makna sebenar ujaran. Imej anggota badan dalam peribahasa menunjukkan kelakuan dan asosiasi kepada kehidupan dan budaya masyarakat Melayu Sarawak yang dapat dilihat melalui makna harfiah peribahasa tersebut. Terdapat banyak kajian semantik inkuisitif mengenai peribahasa dan kiasan-kiasan Melayu, tetapi masih kurang kajian yang meneliti ketersiratan makna bagi imej anggota badan khususnya dalam peribahasa Melayu Sarawak. Imej anggota badan membawa makna seperti perlakuan dan hal-hal kehidupan dalam masyarakat Melayu Sarawak. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengkaji imej perlambangan anggota badan dalam peribahasa Melayu Sarawak dengan meneroka makna melalui pendekatan Semantik Inkuisitif. Kajian ini berbentuk kualitatif deskriptif dengan menggunakan data korpus kosa kata dan peribahasa Melayu Sarawak yang ditulis Wan Junaidi Tuanku Jaafar (2017) terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka dan temu bual sebagai instrumen kajian. Data seterusnya dianalisis mengikut tiga tahap penganalisisan data, iaitu tahap semantik skrip, semantik resonans dan semantik inkuisitif bagi mencungkil akal budi. Pengkaji mendapati terdapat 29 peribahasa Melayu Sarawak yang menggunakan imej anggota badan. Peribahasa ini dikelaskan mengikut imej tangan, kaki, “ati” atau hati, mulut, kepala, mata, “burit”, otak, ubun-ubun, telinga, hidung dan rambut. Kajian ini akan memberi kefahaman mengenai makna sebenar penggunaan peribahasa Melayu Sarawak sebagai pedoman untuk semua dan memberi kajian ini penting untuk memperluas kajian tradisi lisan dari sudut linguistik.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: semantik inkuisitif; imej anggota badan; akal budi; peribahasa; Melayu Sarawak
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics
P Language and Literature > PI Oriental languages and literatures
P Language and Literature > PJ Semitic
P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
P Language and Literature > PN Literature (General)
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Education, Language and Communication
Depositing User: Abang Mohtar
Date Deposited: 09 Dec 2024 02:42
Last Modified: 09 Dec 2024 02:42
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/46835

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item