Anuar, Ayob and Aslina, Mohd Jainal (2024) Rintis KECEMERLANGAN : FSGK - PETRONAS. UNIMAS Publisher, Kota Samarahan, Sarawak. ISBN 978-967-0054-83-4
PDF
Rintis KECEMERLANGAN FSGK - PETRONAS.pdf Download (17MB) |
Abstract
PRAKATA 24 Disember 1992 merupakan tarikh keramat bagi negeri Sarawak Bumi Kenyalang kerana tertubuhnya sebuah universiti awam kelapan Malaysia yang diperbadankan secara rasmi diberi nama sebagai Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), selepas pengumuman rasmi oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia Ke-4 pada 1 Oktober 1992. Ia ditubuhkan hasil perjuangan pemimpin dan cendiakawan tempatan, yang ingin melihat sejarah negeri dipahat oleh sebuah universiti yang dapat menjadi pemacu kepada kejayaan akademik, penyelidikan dan juga menyumbang bakti kepada masyarakat, bukan sahaja setempat malahan hingga ke peringkat antarabangsa. Kewujudan UNIMAS seterusnya menyaksikan tertubuhnya 8 Fakulti akademik, di mana salah satu darinya adalah Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif (FSGK) pada 1 September 1993 yang dirancang secara sempurna bagi menjadi pencetus kepada idea-idea baharu dalam memanisfestasikan seni di Malaysia khasnya dan antarabangsa amnya; secara praktis, kreatif dan inovatif. Acuan penggubalan kurikulum akademik dan penyelidikan direka berlainan sama sekali dengan kurikulum universiti atau institusi pengajian tinggi awam lain di Malaysia yang lebih termaktub kepada amalan tradisi dan konvensional. “Keunikan FSGK adalah ia diwarnai dengan sistem pengajaran dan pembelajaran lebih bersifat sezaman (kontemporari) yang mengintegrasikan seni berteraskan teknologi dan bergerak seiring dengan segala perubahan seni yang berlaku secara global”. Tanggal 4 Julai 1994 menyaksikan seramai 30 orang pelajar perintis FSGK telah diterima masuk bagi memastikan hasrat pengurusan UNIMAS, pensyarah FSGK serta pemegang taruh terlaksana dan dicapai bagi merealisasikan keunikan Fakulti seni yang baru menapak di negeri Sarawak Bumi Kenyalang. Keunikan FSGK inilah yang telah menjadi daya penarik kepada syarikat minyak dan gas multinasional terkenal Malaysia iaitu Petroliam Nasional Berhad. atau lebih dikenali sebagai PETRONAS pada tahun 1994 untuk bersama-sama menyumbang dana kepada FSGK diilhamkan khas kepada Seniman Agung Negara iaitu Allahyarham Tan Sri P Ramlee di mana ia amat berkait-rapat dengan bidang Seni Persembahan (Drama Teater, Muzik dan Sinematografi) yang dilihat menjadi penggerak utama Fakulti ketika itu. Profesor Madya Dr Hatta Azad Khan, Dekan FSGK kletika itu dibantu oleh pensyarah-pensyarah perintis telah berjaya mendapatkan penajaan dana berjumlah Ringgit Malaysia 1.5 juta daripada PETRONAS dan Ringgit Malaysia 1 juta sumbangan dari Kerajaan Negeri Sarawak bagi tujuan penajaan aktiviti akademik dan penyelidikan. Syarat utama ialah ia perlu diketuai oleh pakar penyelidk yang lulus tapisan dan diiktiraf oleh jawatankuasa yang ditubuhkan. Bermula dari saat itu jugalah, dana ini dikenali sebagai Kursi PETRONAS - P. RAMLEE. Sumbangan dana ini secara realitinya menjadi sebahagian besar kepada usaha merintis kecemerlangan dan kegemilangan FSGK dalam perkembangan seni di Malaysia khasnya dan antarabangsa amnya. Penajaan yang bermula hanya untuk bidang Seni Persembahan telah dikembangkan kepada semua bidang akademik dan penyelidikan yang terdapat di FSGK seperti Seni Visual, Seni Elektronik dan Media Baru, Teknologi Seni Reka dan Grafik, Animasi dan Pengurusan Seni. Penajaan awal dana ini hanya dapat dilaksanakan pada tahun 1998 iaitu penerbitan katalog Pameran Pelajar Tahun Akhir FSGK atau lebih dikenali sebagai Cetusan Inspirasi Pelajar Tahun Akhir (CIPTA) yang dilangsungkan di Dewan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) Padungan, Kuching, Sarawak serta Anugerah Pelajar Terbaik Program Akademik FSGK. Bermula dari itu, kerjasama penajaan ini telah dikembangkan bagi setiap penerbitan melibatkan pameran CIPTA, Anugerah Kecemerlangan Akademik Pelajar dan diikuti oleh Pameran D’NA Hybrids iaitu Pameran Fakulti di Balai Seni Lukis Negara, Kuala Lumpur, seterusnya Seminar Pemikiran P. Ramlee (2003) di Hotel Hilton, Kuching, Sarawak. Dana ini juga telah diluaskan skop penggunaannya sehingga kini merangkumi geran penyelidikan yang berkait-rapat dengan hala tuju Fakulti di mana terbuka kepada seluruh penyelidik UNIMAS untuk mendapatkannya melalui kelulusan Jawatan Kuasa Amanah Kursi PETRONAS – P. Ramlee. Sepanjang 30 tahun kerjasama antara FSGK dan PETRONAS terjalin,pelbagai kejayaan dan kegemilangan telah dicapai oleh para pensyarah dan pelajar baik dalam bidang akademik, penyelidikan dan juga khidmat komuniti serta sosial yang diwadahkan dalam buku ini. Kini, usaha merintis masih diteruskan bagi memastikansegala kejayaan yang bermakna dapat dicapai oleh semua warga Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif agar dapat menjadi pemacu kecemerlangan dan kegemilangan seni di Malaysia dan antarabangsa melalui sumbangan dana bermakna oleh PETRONAS. Rintis KECEMERLANGAN 30 Tahun Bersama FSGK – PETRONAS
Item Type: | Book |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Sumbangan, kejayaan, FSGK, kegemilangan, akademik dan penyelidikan. |
Subjects: | N Fine Arts > NX Arts in general |
Divisions: | Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Applied and Creative Arts Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Applied and Creative Arts Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Applied and Creative Arts |
Depositing User: | Ayob |
Date Deposited: | 02 Dec 2024 02:54 |
Last Modified: | 02 Dec 2024 02:54 |
URI: | http://ir.unimas.my/id/eprint/46746 |
Actions (For repository members only: login required)
View Item |