Ahmad Rizal, Mohd Yusof and Mansor, Mohd Noor and Arvin, Tajari and Muhammad Asri, Mohd Ali and Mohd Mahadee, Ismail and Muhammad Shamsinor, Abd Azzis and Najiha, Zainuddin (2016) Pola Pengundian Generasi Y Menjelang PRU ke-14 di Kuala Lumpur. Research Journal of Social Sciences, 9 (3). pp. 78-85. ISSN 2788-449X
PDF
ArvinTajari.2016.PolaPengundianGenerasiYMenjelangPruKe-14DiKualaLumpur.pdf Download (876kB) |
Abstract
Penggunaan teknologi maklumat secara besar-besaran pada PRU ke-13 yang lalu telah memberi kelebihan kepada Pakatan Rakyat untuk mencipta kemenangan besar yang seterusnya menafikan penguasaan dua pertiga Barisan Nasional di Dewan Rakyat. Dengan menyebarkan pelbagai maklumat yang berkait dengan parti serta pemimpin mereka di media sosial, Pakatan Rakyat telah berjaya menambat hati para pengundi terutamanya Generasi Y di Kuala Lumpur (KL). Peranan dan sumbangan Generasi Y terhadap keputusan PRU-13 yang lalu membuka ruang dan peluang kepada kajian ini untuk melihat dengan lebih dekat lagi naluri dan citarasa yang bakal ditunjukkan oleh mereka pada PRU ke-14 nanti. Dengan 141 responden, kajian initelah berjaya menjelaskan suatu pola pengundian Generasi Y bagi PRU ke-14 nanti berdasarkankepada faktor politik, ekonomi, isu semasa, pemimpin, parti politik, prestasi pemimpin dan jangkaan keputusan. Kelemahan Barisan Nasional dalam menangani isu semasa di samping krisis kepimpinan dalam parti memberi kelebihan kepada Pakatan Rakyat untuk dijadikan pilihan oleh Generasi Y pada PRU ke-14 kelak.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Generasi Y, Pola pengundian, KL, PRU-14. |
Subjects: | J Political Science > JA Political science (General) |
Divisions: | Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Social Sciences & Humanities Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Social Sciences & Humanities |
Depositing User: | Zainudin |
Date Deposited: | 07 Nov 2024 07:09 |
Last Modified: | 07 Nov 2024 07:23 |
URI: | http://ir.unimas.my/id/eprint/46553 |
Actions (For repository members only: login required)
View Item |