Safura, Ahmad Sharkawi (2024) Penceraian Dalam Kalangan Wanita Islam Baharu Berkahwin di Kuching Sarawak. PhD thesis, Universiti Malaysia Sarawak.
PDF
THESIS SAFURA 18010134.pdf - Accepted Version Restricted to Registered users only Download (3MB) | Request a copy |
Abstract
Setiap tahun peningkatan jumlah penceraian dilaporkan di Sarawak. Peratusan yang tinggi adalah terdiri dari pasangan yang berkahwin kurang dari 5 tahun atas punca luaran yang pelbagai. Isu nafkah, suami tidak bertanggungjawab dan kecurangan merupakan antara punca tertinggi yang dilaporkan setiap tahun. Namun begitu, tiada laporan berhubung proses dalaman perkahwinan, interaksi dan aspek psikologi yang berlaku sepanjang perkahwinan yang mempengaruhi penurunan tahap kepuasan dan kualiti perkahwinan yang membawa kepada penceraian. Sehubungan itu, satu kajian kualitatif fenomenologi dilakukan bagi meneroka pengalaman bercerai pada awal perkahwinan khususnya dalam kalangan wanita yang bermastautin di Kuching. Seramai 30 orang wanita yang telah bercerai di Kuching, Sarawak ditemubual menggunakan soalan separa berstruktur bagi meneroka pengalaman sepanjang 5 tahun perkahwinan mereka. Data kajian dianalisis menggunakan pendekatan IPA (Interpretative Phenomenological Analysis). Hasil analisis mendapati 8 tema utama dan 22 subtema di sebalik penceraian awal perkahwinan di Kuching, Sarawak iaitu persepsi terhadap realiti perkahwinan, kesukaran dalam menyesuaikan diri/membina keserasian, halangan dalam komunikasi, kekurangan kasih sayang dan perhatian, pengabaian, daya tindak menangani masalah dan tekanan, cerai sebagai penamat derita dan motivasi untuk bangkit semula. Indeks Kebolehpercayaan Cohen Kappa hasil kajian ini adalah K = 0.815. Kajian ini menghasilkan Model Penyesuaian Awal Perkahwinan, merupakan intervensi yang berfokus untuk membantu pasangan menyesuaikan diri sekaligus membendung penceraian dari berlaku semasa dalam fasa awal perkahwinan.
Item Type: | Thesis (PhD) |
---|---|
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman |
Divisions: | Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development |
Depositing User: | SAFURA BINTI AHMAD SHARKAWI |
Date Deposited: | 21 Oct 2024 03:17 |
Last Modified: | 21 Oct 2024 03:17 |
URI: | http://ir.unimas.my/id/eprint/46444 |
Actions (For repository members only: login required)
View Item |