Muhammad Zaid, Daud (2024) Cerminan Sikap dan Watak Mitos Melayu (Seloka Jenaka) dalam Kancah Politik Malaysia: Analisis Pragmatik. PhD thesis, Universiti Malaysia Sarawak.
PDF
last_muhammad_zaid_daud_hantar_baharu_231106 - Final Thesis - Muhammad Zaid DAUD.pdf Download (9MB) |
Abstract
Dalam cerita jenaka Melayu (berseloka), sikap watak mitos Melayu sering dikaitkan dengan unsur lawak, licik, dan kebodohan. Kajian ini bertujuan untuk meneroka makna implisit yang terkandung dalam naratif Pak Kaduk, Pak Pandir dan Lebai Malang serta hubungannya dengan konteks politik Malaysia. Kajian ini merupakan kajian kualitatif (analisis dokumen) sepenuhnya. Data kajian diperoleh daripada sumber-sumber korpus seperti Cerita Jenaka oleh Yahya (1973), Lukisan Zaman oleh Shaari (1991) serta Himpunan 336 Cerita Rakyat Malaysia oleh Puteh dan Said (2008). Penggabungjalinan antara sikap watak mitos Melayu dengan kancah politik Malaysia dapat dilihat melalui penggunaan bahasa figuratif (misalnya, macam, dan seperti) serta nilai pengajaran (ambillah teladan, mengingatkan kita, dan mengheret masyarakat supaya apabila berpegang pada falsafah) di media massa dan media sosial. Bagi analisis kajian pula, pengkaji menggunakan pendekatan pragmatik dengan memanfaatkan, Teori Relevans (Sperber & Wilson, 1986, 1995), ad hoc peluasan (Barsalou, 1987) dan Rangka Rujuk Silang (Kempson, 1986). Hasil kajian menunjukkan bahawa, terdapat 16 unsur implisit dalam cerita jenaka Melayu, termasuklah Pak Pandir (8 data; 50.0%), Pak Kaduk (6 data; 37.0%) dan Lebai Malang (2 data; 13.0%). Dapatan kajian juga berkait rapat dengan tokoh politik di Malaysia seperti Anwar Ibrahim, Ahmad Zahid Hamidi, dan Najib Razak, serta isu-isu politik di Malaysia seperti kleptokrasi, ketirisan pengiraan undi dan hubungan dingin antara parti politik Malaysia. Kajian ini telah membuktikan bahawa terdapat pendekatan multidisiplin dengan menggabungkan bidang psikologi (sikap watak), antropologi dan sosiologi (mitos), sains politik, kesusasteraan Melayu (cerita jenaka Melayu berseloka), serta bahasa dan linguistik (pragmatik). Kesimpulannya, cerita jenaka Melayu (berseloka) bukan sahaja menjadi alat hiburan, tetapi juga ekspresi linguistik yang mencerminkan pandangan terhadap kancah politik di Malaysia. Implikasi kajian ini telah menyokong bahawa penggunaan humor adalah sebagai medium untuk menyampaikan pandangan politik, walaupun kadangkala kritikan tersebut bersifat tidak serius, tetapi masih memberi kesan dalam menyampaikan mesej kritikan terhadap kancah politik di Malaysia.
Item Type: | Thesis (PhD) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Cerita jenaka Melayu, seloka, sikap watak, kancah politik Malaysia, pragmatik |
Subjects: | P Language and Literature > P Philology. Linguistics P Language and Literature > PN Literature (General) |
Divisions: | Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Education, Language and Communication |
Depositing User: | MUHAMMAD ZAID BIN DAUD |
Date Deposited: | 22 Sep 2024 23:53 |
Last Modified: | 22 Sep 2024 23:53 |
URI: | http://ir.unimas.my/id/eprint/46105 |
Actions (For repository members only: login required)
View Item |