Seni bela diri Dayak Iban: Kajian tentang Kuntau di Sarawak Borneo

Juna, Liau and Claudia, Jiton and Dick Lembang, Dugun and Sharifah Sophia, Wan Ahmad (2024) Seni bela diri Dayak Iban: Kajian tentang Kuntau di Sarawak Borneo. Geografia-Malaysian Journal of Society and Space, 20 (3). pp. 242-258. ISSN 2682-7727

[img] PDF
Seni Bela Diri Dayak Iban_2024.pdf

Download (782kB)
Official URL: https://ejournal.ukm.my/gmjss/issue/view/1736

Abstract

Kuntau didefinisikan sebagai “tinju Dayak” dan ia merupakan rekod terawal digunakan oleh pengkaji barat tentang kuntau yang merupakan sebuah seni bela diri dalam masyarakat Dayak Iban khasnya kaum lelaki. Namun begitu, disebabkan oleh arus perubahan misalnya kewujudan kehidupan yang selamat di Sarawak kerana pihak polis dan tentera telah berjaya mengekalkan keamanan dan kedamaian, pengamal kuntau jarang mempraktikkan kemahiran mereka dalam konteks membela diri. Akan tetapi, kemahiran seni bela diri kuntau telah menjadi satu simbol kebudayaan yang diterjemahkan kepada aktiviti berkuntau seperti untuk tujuan persembahan dan demonstrasi semasa pembukaan majlis kebudayaan dan Gawai Dayak. Ekoran itu, penyelidikan tentang kuntau Iban oleh pasukan penyelidik ini telah dijalankan dengan tujuan menambahkan dan mendokumentasikan seni mempertahankan diri masyarakat Iban di Bahagian Kuching, Samarahan dan Sri Aman. Antara aspek yang dikaji merangkumi usahausaha yang digunakan untuk memelihara kuntau, pantang larang berkaitan, perubahan pada seni membela diri, persepsi, aspirasi dan harapan terhadap kuntau. Pendekatan dalam penyelidikan ini bertunjangkan constructivism-interpretivism yang melibatkan pembentukan ilmu pengetahuan tentang kuntau oleh para penyelidik dan responden dalam pembinaan atau pentadbiran soalselidik; dan temubual antara penyelidik dan informan yang merupakan pengamal atau guru kuntau. Dapatan kajian mendapati bahawa keperluan sebenar kuntau telah berubah seiring dengan perubahan zaman daripada seni pertahanan diri kepada sebuah bentuk persembahan atau demonstrasi. Sebagai sebuah warisan budaya tidak ketara, kuntau mempunyai potensi untuk diangkat sebagai warisan budaya Dayak Iban kerana seni mempertahankan diri ini terdapat dalam masyarakat Dayak lain seperti masyarakat Bidayuh dan Kenyah. Maka, usaha yang berterusan untuk mengekalkan seni pertahanan diri ini haruslah dititikberatkan agar seni warisan ini tidak hilang dek zaman.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Dayak Iban, Kuntau, Sarawak, seni pertahanan diri, warisan
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Social Sciences & Humanities
Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Social Sciences & Humanities
Depositing User: Abang Mohtar
Date Deposited: 30 Aug 2024 09:26
Last Modified: 30 Aug 2024 09:26
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/45904

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item