Masyarakat Madani Dan Perpaduan Kuam Di Dunia VUCA

Regina Garai, Abdullah and Neilson Ilan, Mersat (2024) Masyarakat Madani Dan Perpaduan Kuam Di Dunia VUCA. In: Malaysia Madani : Kerangka dan Pengisian. Penerbit Universiti Malaya, Kuala Lumpur, pp. 193-204. ISBN 9789674883218

[img] PDF
Malaysia Madani.PDF

Download (2MB)
Official URL: https://kawahbuku.com/titles/43224-malaysia-madani...

Abstract

Bab ini membincangkan peranan dan cabaran kepada masyarakat madani dalam mengekalkan perpaduan di antara kaum yang berbagai di Sarawak pada era dunia VUCA. VUCA ialah satu akromin yang menggambarkan keadaan dunia yang tidak stabil (volatility), tidak pasti (uncertainty), rumit (complexity) dan kabur (ambiguity). Apa yang pasti ialah perpaduan menuntut semangat ingin bersatu padu yang tinggi dan mengenepikan perbezaan yang boleh membawa kepada konflik dan keadaan tidak harmoni. Apakah keadaan tersebut dapat dikekalkan pada era yang tidak menentu dan sering berubah-ubah seperti pada zaman VUCA. Ramai di kalangan penduduk di luar bandar Sarawak tidak faham akan maksud masyarakat Madani. Persoalannya ialah bagaimana masyarakat Madani boleh dilahirkan serta berkembang dengan subur sekiranya masyarakat dalam negara itu sendiri tidak jelas akan maksudnya. Bab ini membincangkan nilai-nilai umum dalam masyarakat di Sarawak yang berupaya menyokong kelestarian masyarakat Madani sepertimana yang diidamkan oleh kerajaan Malaysia pada hari ini. Sebagai sebuah negeri yang sangat majmuk, Sarawak juga menekankan kesepaduan dan keharmonian. Dengan itu intipati kepada masyarakat Madani yang terdiri daripada enam tonggak utama (KeMampanan, kesejAhteraan, Daya Cipta, HormAt, KeyakiNan dan Ihsan) sebagai paksi juga amat ditekankan serta perlu difahami dan dihayati. Bab ini membincangkan apakah langkah-langkah yang telah dilaksanakan di Sarawak untuk mempastikan konsep masyarakat Madani telah dapat diterjermahkan sebagai panduan untuk mencapai perpaduan. Apakah nilai-nilai yang telah ditanamkan di Sarawak sehinggakan perpaduan di Sarawak berada pada tahap yang tinggi. Misalnya, Bandaraya Kuching pernah diiktiraf sebagai City of Unity pada tahun 2015. Sudah tentunya perpaduan seperti inilah yang dituntut dalam masyarakat Madani.

Item Type: Book Chapter
Uncontrolled Keywords: masyarakat madani, VUCA (Volatility, Uncertainty, Complexity, Ambiguity)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Social Sciences & Humanities
Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Social Sciences & Humanities
Depositing User: Abdullah
Date Deposited: 28 Aug 2024 01:55
Last Modified: 28 Aug 2024 01:55
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/45857

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item