Penjanaan Pendapatan Melalui Peningkatan Kapasiti Kolej Kediaman di UNIMAS

Mazdan, Ali Amaran and Azeemah, Ahmad and Bong Azmir, Hat @ Bong Hata and Eleaner, Kelokok and Zubaidah, Abdul Ghani (2024) Penjanaan Pendapatan Melalui Peningkatan Kapasiti Kolej Kediaman di UNIMAS. [Working Paper] (Unpublished)

[img] PDF
PENJANAAN PENDAPATAN MELALUI.pdf

Download (195kB)

Abstract

Dalam senario ekonomi semasa, universiti perlu menguruskan pengurangan bajet tahunan daripada kerajaan dan dalam masa yang sama dapat mengekalkan kualiti dan nilai perkhidmatan yang diberikan kepada pelajar. Kemampanan kewangan universiti adalah penting untuk memastikan peranan dan tanggungjawab universiti tidak terjejas. Justeru, universiti mempunyai beberapa strategi kemampanan kewangan melalui penjanaan pendapatan daripada sumber-sumber dalaman. Salah satunya adalah melalui kutipan hasil daripada yuran kolej kediaman. Kolej-kolej kediaman di universiti memainkan peranan penting dalam menyediakan tempat tinggal yang selesa dan kondusif untuk pelajar. Selain menjadi tempat tinggal, kolej-kolej ini juga mempunyai potensi untuk menghasilkan pendapatan tambahan bagi sesebuah universiti. Sehubungan itu, pengisian kapasiti kolej kediaman adalah penting dalam memastikan universiti mempunyai pendapatan yang stabil di samping menyediakan kediaman yang selesa dan selamat kepada pelajar sepanjang pengajian di universiti. Walau bagaimanapun, usia kolej kediaman UNIMAS yang menjangkaui 20 tahun telah menyebabkan pelbagai kerosakan dan penyelenggaraan. Tambahan pula, pemberian peruntukan penyelenggaraan yang semakin menyusut telah menyebabkan keadaan semakin rumit dan menjejaskan kapasiti penuh kolej kediaman. Justeru, kajian ini melihat kepada strategi yang dilaksanakan oleh pihak UNIMAS dalam usaha meningkatkan kapasiti kolej kediaman dan membantu meningkatkan pendapatan universiti. Kaedah analisis data kuantitatif digunakan bagi menganalisis data yang diperolehi daripada Unit Perumahan Mahasiswa, UNIMAS daripada tahun 2018 sehingga 2023 dan melibatkan 10 kolej kediaman di UNIMAS yang boleh menempatkan lebih 11,000 orang pelajar secara keseluruhannya. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa pihak UNIMAS telah melaksanakan pelbagai strategi bagi meningkatkan kapasiti kediaman pelajar di semua Kolej Kediaman Pelajar UNIMAS daripada tahun 2018 sehinggalah 2023 seterusnya membantu UNIMAS meningkatkan pendapatan universiti.

Item Type: Working Paper
Uncontrolled Keywords: Kolej Kediaman, kapasiti kolej, pendapatan universiti, penyelenggaraan.
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Centre for Student Development
Faculties, Institutes, Centres > Centre for Student Development
Academic Faculties, Institutes and Centres > Centre for Student Development
Depositing User: Ali Amaran
Date Deposited: 29 Aug 2024 00:48
Last Modified: 29 Aug 2024 00:48
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/45614

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item