Rynna Sha’erra, Mindew Douglas and Mary Fatimah, Subet and Muhammad Zaid, Daud (2024) AKAL BUDI DALAM SEMPAMA JAKU IBAN (PERIBAHASA) BERIMEJKAN MAMALIA BERDASARKAN PERSPEKTIF SEMANTIK INKUISITIF. Jurnal Bahasa, Sastera dan Budaya, 3 (1). pp. 95-117. ISSN 2976−3126
PDF
Akal budi dalam Sempama Jaku Iban berimejkan mamalia berdasarkan perspektif semantik inkuisitif-1 (1).pdf Download (325kB) |
Abstract
Peribahasa telah digunakan oleh masyarakat Iban untuk menyampaikan nilai-nilai (positif dan negatif), ajaran (nasihat dan petunjuk), kearifan tempatan, dan pengalaman hidup. Masyarakat Iban juga menggunakan imej perlambangan di sekitar mereka untuk menonjolkan hubungan antara sikap manusia atau situasi kehidupan. Contohnya, imej perlambangan haiwan (mamalia). Maka, kajian ini bertujuan untuk menganalisis peribahasa Iban yang menggunakan imej perlambangan haiwan (mamalia) berpandukan pendekatan semantik inkuisitif (Nor Hashimah Jalaluddin, 2014). Data kajian pula diperoleh daripada Bup Sempama Iban yang ditulis oleh Casper Kayong Umping (2011). Hasil kajian mendapati bahawa, penciptaan peribahasa yang melibatkan imej perlambangan (mamalia) dalam masyarakat Iban terbahagi kepada dua, iaitu: (1) hidupan lautan, seperti ‘ikan iyu’, serta (2) hidupan daratan, seperti ‘mayau’, ‘tupai’, ‘ukui’, ‘jugam’, ‘kera’, ‘kijang’, dan ‘empeliau’. Rumusannya, keterlibatan imej perlambangan (mamalia) dalam peribahasa dapat mencerminkan pandangan masyarakat Iban terhadap alam dan haiwan sebagai sumber inspirasi. Masyarakat Iban juga memberikan penekanan pada nilai-nilai seperti kejujuran, ketelitian, disiplin, dan tindakan nyata dalam usaha mencapai tujuan hidup melalui penciptaan peribahasa berimejkan mamalia.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Masyarakat Iban, akal budi, peribahasa, mamalia, makna, semantik inkuisitif |
Subjects: | P Language and Literature > PN Literature (General) |
Divisions: | Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Education, Language and Communication |
Depositing User: | Sanawi |
Date Deposited: | 25 Jul 2024 08:17 |
Last Modified: | 29 Jul 2024 01:47 |
URI: | http://ir.unimas.my/id/eprint/45372 |
Actions (For repository members only: login required)
View Item |