Norazuna, Norahim (2023) Perbandingan ciri fonologi dan kata leksikal keluarga Bahasa Baram Hilir. In: DASTAR PATINGGI, Karya Sumbangsih kepada Yang Berbahagia Datu Dr.Haji Sanib Haji Said, Kumpulan Artikel bersempena dengan memperingati Ulang Tahun Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak. Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak, Kuching, Sarawak, pp. 345-368. ISBN 9789834424671
PDF
Perbandingan ciri.pdf Download (3MB) |
Abstract
Setakat ini, tidak banyak yang kita ketahui tentang bahasa-bahasa di Baram padahal bahasa-bahasa ini merupakan bahasa moribund iaitu bahasa di tahap akhir ke arah kepupusan. Terdapat kelompangan kajian yang mendesak tentang bahasa-bahasa di Baram dan hal ini memerlukan kita mendokumentasi dan membuat deskripsi sistem bahasa-bahasa ini. Justeru, artikel ini merupakan suatu usaha awal untuk memeri ciriciri linguistik khususnya ciri fonologi dan kata leksikal bahasa Miriek, Kiput, Dalik dan Belait. Bahasa-bahasa ini terangkum dalam Subkeluarga Bahasa Baram Hilir. Justeru, diandaikan bahasa-bahasa ini turut berkongsi ciri fonologi dan leksikal yang sama, pada masa yang sama, mmepunyai ciri perbezaan yang memisahkan satu bahasa dari yang lain. Data diperolehi melalui sesi temu bual dengan penutur jati bahasa-bahasa tersebut berpandukan 100 Senarai Kata Swadesh. Dari segi kata leksikal, bahasa Belait lebih tinggi peratusan persamaannya dengan bahasa Kiput (74%) berbanding Dalik (66%) dan Miriek (60%). Bahasa Miriek pula lebih tinggi peratusan persamaan kata berkognat dengan Dalik (79%) berbanding Kiput (60%) dan Miriek (60%). Dari aspek fonologi, boleh dirumuskan ada beberapa ciri fonologi yang jelas membezakan bahasa Belait di Brunei dari bahasa-bahasa Baram Hilir yang dituturkan di Miri. Perbandingan kelompok bahasa Baram Miri pula, menunjukkan bahasa Miriek mempunyai beberapa ciri khusus yang tidak terdapat pada bahasa lain dalam kelompok ini. Kajian awal ini diharapkan menjadi landasan kepada kajian-kajian susulan tentang keluarga bahasa Baram.
Item Type: | Book Chapter |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | kekerabatan bahasa, pertembungan bahasa, bahasa Baram, fonologi, leksikostatistik. |
Subjects: | P Language and Literature > P Philology. Linguistics P Language and Literature > PN Literature (General) |
Divisions: | Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Education, Language and Communication |
Depositing User: | Gani |
Date Deposited: | 25 Jul 2024 02:56 |
Last Modified: | 25 Jul 2024 02:56 |
URI: | http://ir.unimas.my/id/eprint/45368 |
Actions (For repository members only: login required)
View Item |