Abu Zahrim, Yaser and Habib Musa, Mohamad and Mazlina, Mamat and Mohd Amran, Madlan and Junidah, Lamaming (2021) Kejuruteraan Pengkomposan. Penerbit UMS, Kota Kinabalu. ISBN 9789672378046
PDF
Kejuruteraan Pengkomposan.pdf Download (443kB) |
Abstract
Penukaran sisa organik kepada kompos/baja organik adalah kaedah pemprosesan sisa yang mapan. Penghasilan kompos yang berkualiti tinggi dalam skala yang besar perlu dilakukan dengan mengawal dan mengoptimumkan parameter-parameter kejuruteraan. Dalam buku ini, parameter-parameter yang perlu dipantau berserta ujian-ujian yang perlu dilakukan untuk menghasilkan baja kompos yang berkualiti dibincangkan secara terperinci. Peringkat sebelum dan pascapemprosesan dalam pengkomposan, jenis reaktor pengkomposan, penentuan imbangan tenaga dan haba serta model kinetik yang digunakan dalam pengkomposan turut disertakan. Selain membincangkan penentuan campuran awal kompos serta pengubahsuaian nutrien dan kelembapan, penentuan pengudaraan dalam sistem pengkomposan turut diselitkan. Buku ini turut mengupas lebih lanjut tentang sistem pengudaraan dan pengadukan yang perlu dititikberatkan semasa proses pengkomposan berlangsung. Reka bentuk tapak dan kekuatan struktur binaan reaktor kompos ringkas turut dibincangkan dalam buku ini sebagai panduan. Selaras dengan Revolusi Industri 4.0, buku ini turut memperincikan pembangunan aplikasi Internet Pelbagai Benda (Internet of Things - IoT) yang boleh digunakan untuk memantau proses pengkomposan. Sistem IOT ini menghubungkan reaktor kompos kepada pengguna melalui paparan aplikasi telefon pintar.
Item Type: | Book |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Compost, Compost industry. |
Subjects: | Q Science > QR Microbiology T Technology > TA Engineering (General). Civil engineering (General) |
Divisions: | Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Resource Science and Technology Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Resource Science and Technology |
Depositing User: | Lamaming |
Date Deposited: | 26 Jul 2024 01:30 |
Last Modified: | 26 Jul 2024 01:30 |
URI: | http://ir.unimas.my/id/eprint/45360 |
Actions (For repository members only: login required)
View Item |